awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM cari waris bayi dijumpai di kedai ayam

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2023
07:17 MYT
JKM cari waris bayi dijumpai di kedai ayam
Sebelum ini media melaporkan seorang peniaga menemukan bayi perempuan masih bertali pusat yang ditinggalkan di atas lantai sebuah premis di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih. - Gambar/ Sinar Harian
KEMAMAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu sedang mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi perempuan yang dijumpai di sebuah kedai ayam di Bukit Jabor, Chukai dekat sini pada 6 Julai lalu.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman, Mohd Fadzli Ismail berkata, bayi terbabit dijumpai seorang pekerja di kedai tersebut kira-kira jam 7.30 pagi sebelum membuat laporan di Balai Polis Kemaman.
"Bayi terbabit mendapat perintah bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 daripada Mahkamah Majistret Daerah Kemaman untuk ditempatkan dalam jagaan institusi JKM pada 12 Julai lalu sehingga kini.
"Sebelum ini bayi terbabit telah dihantar ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris bayi berkenaan boleh menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Kemaman, Siti Fatimah Mohamad Fadzil di talian 09-859 1686.
Sebelum ini media melaporkan seorang peniaga menemukan bayi perempuan masih bertali pusat yang ditinggalkan di atas lantai sebuah premis di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, bayi yang dianggarkan seberat 3.2 kilogram itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum ditinggalkan di lokasi berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jkm
#buang bayi
#Kemaman
#jabur kubur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan