awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM Perlis peruntuk lebih RM58,000 bantu mangsa ribut

Bernama
Bernama
26/06/2024
03:15 MYT
JKM Perlis peruntuk lebih RM58,000 bantu mangsa ribut
Kebanyakan rumah tersebut rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut itu. - Foto Facebook/APM Kuala Perlis
KANGAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri memperuntukkan RM58,760 setakat ini bagi membantu 86 mangsa kejadian ribut di Perlis pada hari Jumaat dan Ahad lepas.
Pengarahnya Ku Chik Ku Mat Esa berkata pihaknya telah menyiasat 115 daripada 135 laporan berkaitan kes kerosakan akibat ribut yang diterima, dan 86 daripada 115 kes yang telah disiasat itu kini dalam proses pembayaran bantuan secara berperingkat.
"Sebanyak 86 mangsa ribut dalam proses pembayaran secara berperingkat melalui bayaran Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun masing-masing, manakala selebihnya 29 kes lagi masih dalam proses untuk pembayaran bantuan ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata bantuan yang disampaikan berjumlah RM100 hingga RM5,000 setiap kes berdasarkan kepada tahap kerosakan yang dialami.
"Kita juga berharap penduduk kampung yang terlibat dalam kejadian ribut membuat laporan kepada pihak polis dan berhubung dengan JKM supaya kita dapat pergi ke rumah-rumah terlibat untuk membuat penilaian dan Insya-Allah kita akan buat pembayaran dengan segera.
Ku Chik berkata JKM negeri itu mendapat kerjasama baik daripada semua pihak termasuk Pusat Khidmat Wakil Rakyat dalam memudahkan petugas bencana mengenal pasti mangsa terlibat bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#jkm perlis
#mangsa
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan