awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM, polis selamatkan kanak-kanak perempuan didera ibu tiri

Bernama
Bernama
22/04/2022
09:50 MYT
JKM, polis selamatkan kanak-kanak perempuan didera ibu tiri
Pengarah JKM Negeri Sembilan Rosnah Sardi berkata mangsa kini sedang dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja'afar. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun diselamatkan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis daripada terus menjadi mangsa dera ibu tirinya di sebuah rumah di Sikamat, dekat sini, Isnin lepas.
Pengarah JKM Negeri Sembilan Rosnah Sardi berkata mangsa kini sedang dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja'afar, di sini.
"Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu cedera di bahagian muka kiri dan telinga kiri, mengalami kesan cubitan di bahagian tangan, lengan, bahu dan belakang badannya selain kesan rotan di belakang badan dan kaki kiri.
"Kanak-kanak berkenaan turut mendakwa dia ditumbuk di bahagian perut dan kepala dan berasa sakit di beberapa bahagian badan selain berada dalam keadaan sangat lapar ketika diselamatkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Rosnah berkata susulan itu satu perintah jagaan sementara di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 akan dipohon selepas keadaan kanak-kanak itu stabil.
Beliau berkata Pegawai Pelindung Daerah Seremban akan menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan penempatan tetap terbaik bagi kanak-kanak berkenaan selain syarat tambahan bersesuaian akan dica-dangkan kepada mahkamah demi kesejahteraan, kebajikan dan masa depannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
"Tangkapan dibuat terhadap seorang wanita warga Indonesia berusia 30 tahun yang merupakan ibu tiri mangsa pada Selasa lepas namun dijamin pada hari sama. Siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak pe-rempuan 10 tahun dipercayai menjadi mangsa dera ibu tirinya yang mendakwa mahu 'mengajar' kanak-kanak itu kerana mencuri lolipop di sebuah premis sebelum berjaya diselamatkan hasil aduan jiran mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes dera
#Didera
#ibu tiri
#jkm
#mangsa dera
#Sikamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan