awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM sedia beri perlindungan kepada mangsa seksual bapa

Bernama
Bernama
10/08/2017
23:32 MYT
JKM sedia beri perlindungan kepada mangsa seksual bapa
JKM bersedia untuk memberi perlindungan kepada remaja yang menjadi mangsa jenayah seksual bapa kandung, kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia untuk memberi perlindungan kepada remaja yang menjadi mangsa jenayah seksual bapa kandungnya sementara kes itu diselesaikan.
Beliau berkata pihaknya akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa terlibat berhubung kes itu.
"Sekarang ini memang kita tidak boleh mengganggu siasatan. Tapi apa jua yang diarahkan oleh mahkamah dan juga pihak polis, kami akan memberikan segala kerjasama.
BACA: 'Inilah kes paling keji pernah aku lapor!'
BACA: Bapa durjana liwat anak tiga kali sehari
Selalunya dalam keadaan begini, kalau tiada keluarga yang paling rapat atau mereka juga rasa tidak mampu untuk melindungi kanak-kanak ini, JKM akan ambil kanak-kanak ini untuk diberi perlindungan sementara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang sempena ulang tahun ke-48 majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn Bhd di sini hari ini.
Pada Rabu, seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak atas lebih 600 pertuduhan meliwat, merogol dan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun.
Semalam, bapa berkenaan sekali lagi dihadapkan ke mahkamah sama atas dakwaan 444 pertuduhan meliwat anak perempuan kandungnya sebanyak tiga kali sehari selama tujuh bulan sejak Januari lalu hingga Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jkm
#mangsa
#remaja
#Rohani Abdul Karim
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan