ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah memohon maaf kepada seorang penerima vaksin COVID-19 dan keluarganya berhubung kesilapan pemberian suntikan dos kedua yang berlaku di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Sik pada 5 Ogos lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Othman Warijo berkata berdasarkan siasatan pihaknya, kesilapan itu berlaku disebabkan jururawat di PPV berkenaan tidak memeriksa kad suntikan vaksin penerima terbabit sebelum membuat suntikan.
"Kejadian dilaporkan pada 5 Ogos 2021 pada 8.25 pagi di Bilik Suntikan 1, PPV Dewan Al Hana, Sik. Penerima vaksin tersebut adalah seorang wanita berumur 58 tahun yang hadir ke PPV itu untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNtech.
"Kesilapan telah berlaku apabila jururawat kesihatan memberi suntikan vaksin keluaran Sinovac. Kesilapan disedari oleh petugas yang lain dan terus memaklumkan kepada penyelia dan pengurus PPV," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pada hari tersebut terdapat lebih daripada satu jenis vaksin digunakan di dewan tersebut iaitu sebanyak 1,043 suntikan bagi dos pertama vaksin Pfizer-BioNtech, 141 dos kedua vaksin Sinovac dan 223 dos kedua Pfizer-BioNtech.
Menjelas lanjut, Dr Othman berkata pengasingan dan laluan penerima suntikan ke bilik imunisasi dos pertama Pfizer-BioNtech, dos kedua Pfizer-BioNtech dan dos kedua Sinovac telah dilakukan supaya tidak berlaku kesilapan suntikan vaksin yang berbeza.
Katanya, garis panduan pengendalian vaksin juga sentiasa diberi oleh penyelia jururawat sebelum bermulanya sesi imunisasi setiap hari.
BACA: KKM siasat dakwaan kesilapan pemberian jenis vaksin bagi dos kedua di Sik, Kedah
"Jururawat terbabit telah mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan telah memohon maaf secara peribadi kepada penerima vaksin berkenaan. Beliau juga telah diberi teguran, diberi kaunseling dan direhatkan daripada tugasan pada hari tersebut," katanya.
Dr Othman berkata sejurus kesilapan itu disedari penerima vaksin tersebut telah dirujuk kepada pegawai perubatan untuk kaunseling dan diperjelaskan mengenai kesan sampingan vaksin yang biasa berlaku selepas suntikan.
"Penerima vaksin tersebut menerima baik penerangan yang telah diberikan dan memaafkan jururawat tersebut. Pemantauan telah dibuat terhadap penerima vaksin itu sebelum dibenarkan pulang," katanya.
Katanya, JKN Kedah prihatin dengan kejadian yang berlaku dan bagi memastikan kesilapan tidak berulang, pematuhan kepada garis panduan pengendalian vaksinasi akan lebih ditekankan kepada petugas-petugas di PPV dan sentiasa dipantau oleh penyelia atau pengurus PPV.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021
Kata Dr Othman, garis panduan pengendalian vaksin juga sentiasa diberi oleh penyelia jururawat sebelum bermulanya sesi imunisasi setiap hari. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.