awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNJ arah sebuah kilang ditutup, empat dikompaun kerana tidak patuh SOP

Bernama
Bernama
22/12/2020
14:56 MYT
JKNJ arah sebuah kilang ditutup, empat dikompaun kerana tidak patuh SOP
Sebuah kilang di bandar raya ini diarahkan tutup tujuh hari bermula hari ini kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan pengawalan COVID-19. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU:Sebuah kilang di bandar raya ini diarahkan tutup tujuh hari bermula hari ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan pengawalan COVID-19 dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu.
Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata kilang yang diarahkan tutup itu didapati tidak menyediakan pengimbas MySejahtera dan tiada penjarakan fizikal selain itu empat kilang masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati tidak mematuhi SOP antaranya tidak melakukan sanitasi dan tiada penjarakan fizikal melibatkan pekerja.
"Kilang industri pembuatan itu diarahkan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya kepada Bernama selepas pemeriksaan terhadap 25 premis kilang menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu terbabit di sini hari ini.
Dr Aman berkata, operasi penguatkuasaan bersepadu berkenaan disertai 20 pegawai dan anggota JKNJ, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) Negeri Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kilang
#tutup
#Jabatan Kesihatan Negeri Johor
#JKNJ
#SOP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan