awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNJ mungkin ambil tindakan tatatertib jika doktor kontrak sertai mogok

Bernama
Bernama
02/04/2023
12:31 MYT
JKNJ mungkin ambil tindakan tatatertib jika doktor kontrak sertai mogok
JKNJ berkemungkinan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap doktor kontrak di negeri itu sekiranya didapati mengambil bahagian dalam mogok yang dijangka berlaku serentak di seluruh negara esok.
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berkemungkinan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap doktor kontrak di negeri itu sekiranya didapati mengambil bahagian dalam mogok yang dijangka berlaku serentak di seluruh negara esok.
Pengarah JKNJ Datuk Dr Aman Rabu berkata bagaimanapun, tindakan itu hanya akan diambil selepas teguran dan nasihat diberikan kepada mereka.
Beliau berkata pengarah hospital di setiap daerah juga telah dinasihatkan untuk memastikan setiap pegawainya hadir menjalankan tugas esok.
"Perkhidmatan berjalan seperti biasa, itu jaminan kita. Kalau berlaku (mogok esok) tindakan akan diambil terhadap mereka yang ambil bahagian dalam mogok itu, sebagaimana arahan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Kita akan beri nasihat dan teguran (dahulu), kalau langgar juga, mungkin ambil tindakan tatatertib," katanya pada sidang media selepas menyertai operasi pemantauan bazar Ramadan di Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon.
Dr Aman berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat sama ada terdapat mogok dalam kalangan doktor kontrak di Johor esok, sekali gus memberi jaminan dan memastikan perkhidmatan kesihatan berjalan dengan lancar.
Sementara itu, Ling berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mendengar rintihan dan masalah yang dihadapi doktor kontrak di negeri itu dan menyampaikan hasrat mereka kepada KKM.
"Walaupun ia bukan bidang kuasa negeri, tetapi sebagai wakil kerajaan negeri, saya masih terbuka untuk mendengar rintihan doktor kontrak supaya dapat sampaikan hasrat mereka kepada pihak kementerian.
"Mudah-mudahan saya harap doktor kontrak, saya yakin dan percaya, mereka masing-masing ada hati dan berjiwa rakyat, berjiwa membantu pesakit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri Johor
#JKNJ
#mogok
#Doktor Kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan