awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan

Bernama
Bernama
31/12/2021
22:18 MYT
JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan
JKNJ mengambil maklum tentang sebaran viral di media sosial berkaitan Majlis Jasamu Dikenang yang melibatkan penjawat awam di klinik kesihatan terbabit.
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menjalankan siasatan berhubung beberapa gambar dan video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu didakwa penjawat awam di sebuah klinik kesihatan di negeri ini melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis.
Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.
"JKNJ mengambil maklum tentang sebaran viral (tular) di media sosial berkaitan Majlis Jasamu Dikenang yang melibatkan penjawat awam di klinik kesihatan terbabit.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit khususnya yang terlibat dalam pelanggaran SOP Majlis Keselamatan Negara.
"Susulan itu, tindakan akan diambil ke atas mereka yang terlibat," kata Dr Aman menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook JKNJ semalam.
Terdahulu, tular beberapa gambar dan video di media sosial memaparkan sekumpulan individu dipercayai penjawat awam daripada sebuah klinik kesihatan di negeri ini didakwa telah melanggar SOP dalam satu majlis, sehingga mengundang komen negatif di media sosial berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri Johor
#penjawat awam klinik kesihatan
#langgar SOP
#Majlis Jasamu Dikenang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan