Skip to main content

Malaysia

JKNK tubuh jawatankuasa siasat punca kematian doktor pelatih HSIP

KOTA BHARU, 15 Dis -- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob bercakap pada taklimat media mengenai sistem teknologi pembantu pembedahan robotik (ROSA) yang digunakan dalam pembedahan penggantian sendi lutut di Hospital Raja Perempuan Zainab II, hari ini.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohd Azman berkata, JKNK berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi keluarga arwah. - Gambar fail/BERNAMA

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat serta meneliti kes doktor pelatih wanita meninggal dunia di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai pada Jumaat.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, tindakan itu bertujuan menyiasat punca sebenar kejadian termasuk dari aspek tekanan tempat kerja dan faktor lain sehingga menyumbang kepada perkara tersebut.

Advertisement

"JKNK berdukacita dengan kejadian berlaku dan saya ada menziarahi keluarganya pagi tadi.

"Arwah merupakan doktor pelatih wanita dari Universiti Monsoura, Mesir dan sedang menjalani praktikal," katanya kepada pemberita semalam.

Menurut beliau, JKNK berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi keluarga arwah.

Sebelum itu media melaporkan seorang doktor pelatih ditemukan maut di asrama HSIP pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 9.55 pagi. - Sinar Harian

 

Must Watch Video