awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNT nafi 16 kes kencing tikus di Air Terjun Menderu

Bernama
Bernama
22/06/2024
06:45 MYT
JKNT nafi 16 kes kencing tikus di Air Terjun Menderu
Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah-langkah pencegahan ketika melakukan aktiviti di kawasan rekreasi untuk mengelakkan jangkitan.- Gambar fail/Ketengah
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan hanya dua kes disyaki jangkitan Leptospirosis atau kencing tikus yang dilaporkan berkaitan dengan pengunjung Air Terjun Menderu di Kemaman pada tahun ini dan bukan 16 kes seperti tular di media sosial.
Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata pihaknya menerima notifikasi bagi kes pertama disyaki Leptospirosis pada 27 Mei lepas, namun ujian pengesahan yang dijalankan adalah negatif.
"Notifikasi kes kedua pula diterima pada 20 Jun lepas. Sampel darah kes untuk ujian pengesahan telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam (MKA) Perol, Kelantan dan masih menunggu keputusan," katanya dalam kenyataan hari ini sambil memaklumkan tiada kes kencing tikus yang dilaporkan berkaitan dengan kawasan rekreasi itu pada 2023.
Beliau berkata JKNT akan terus memantau perkembangan terkini kejadian jangkitan serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan dengan kerjasama semua agensi berkaitan.
Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah-langkah pencegahan ketika melakukan aktiviti di kawasan rekreasi untuk mengelakkan jangkitan.
"Ini termasuk memastikan kebersihan persekitaran ketika melakukan aktiviti rekreasi, tidak meminum air dari sungai dan memilih makanan serta minuman dari sumber yang bersih. Orang ramai juga perlu segera mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya bergejala setelah mengunjungi mana-mana pusat rekreasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
#Air Terjun Menderu
#leptospirosis
#kencing tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan