awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKPK syor kerajaan tak teruskan PLKN 3.0, tidak ada objektif jelas

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/12/2024
09:59 MYT
JKPK syor kerajaan tak teruskan PLKN 3.0, tidak ada objektif jelas
Pelaksanaan PLKN 3.0 dikatakan tidak mempunyai objektif dan sasaran pencapaian yang jelas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan supaya kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
JKPK itu dalam satu kenyataan memaklumkan syor berkenaan dibuat selepas menghadiri taklimat Kementerian Pertahanan serta Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS).
“Namun sekiranya, kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakannya, maka JKPK berpendapat satu kajian lebih mendalam dan terperinci perlu dibuat terlebih dahulu," kata kenyataan itu di sini pada Khamis.
Kata JKPK, pada taklimat itu, pihaknya mendengar pembentangan laporan penilaian serta keberkesanan PLKN 1.0 dan 2.0, selain strategi pelaksanaan PLKN 3.0.
JKPK yang dianggotai sembilan Ahli Parlimen itu turut mengemukakan tujuh justifikasi berhubung penolakan PLKN 3.0 seperti di bawah:
  1. Pelaksanaan PLKN 3.0 tidak mempunyai objektif dan sasaran pencapaian yang jelas. Ini adalah masalah berlanjutan (legasi) akibat objektif dan sasaran PLKN 1.0 yang tidak jelas.
  2. Sekiranya PLKN 3.0 ingin dilaksanakan juga, maka, matlamat dan modulnya hendaklah berasaskan latihan ketenteraan atau separa-ketenteraan. Tetapi, persoalannya adakah negara memerlukan PLKN yang sedemikian?
  3. Modul PLKN 3.0 yang dicadangkan ini adalah bercampur-aduk, iaitu 70 peratus Asas Ketenteraan dan 30 peratus Kenegaraan.
  4. Modul PLKN 3.0 yang dicadangkan ini memberi penekanan 70 peratus dalam Asas Ketenteraan. Tetapi, sebahagian daripada kandungannya tiada kaitan dengan Asas Ketenteraan.
  5. Kandungan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kandungan-kandungan Kenegaraan dan lain-lain (iaitu yang bukan Asas Ketenteraan) dapat disampaikan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan sedia ada, dan sebagainya.
  6. Kajian-kajian mendapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 tidak meninggalkan kesan positif jangka panjang di kalangan calon-calon. Dengan kata lain, ia kurang berkesan.
  7. Adalah didapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0, dan 3.0 juga, melibatkan kos pelaksanaan yang amat tinggi, berbanding kesan positif yang tidak seberapa, sedangkan kesan positif yang sama itu boleh didapatkan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan yang sedia ada, dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#JKPK
#plkn
#Kerajaan Madani
#Bantahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan