KOTA KINABALU: Jabatan Mineral Geosains (JMG) Sabah mengesahkan pihaknya sudah mengambil sampel lumpur hasil 'muntahan' daripada letusan volkano lumpur yang berlaku di kawasan Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu Ahad lalu.
Pengarahnya, Dr Frederick Francis Tating berkata, kerja mengambil sampel lumpur sudah dilakukan pada Selasa di lokasi berlakunya letusan volkano lumpur itu.
Menurutnya, JMG telah menjalankan siasatan di tapak lokasi volkano lumpur bagi menyiasat proses geologi, menilai kesan letusan dan sampel yang diambil hanya bahan lumpur untuk dianalisis.
"Strukturnya lembut tetapi likat dan berwarna kelabu gelap sama seperti lumpur biasa cuma ia dari bahagian bawah bumi. Perbezaannya adalah mungkin kandungan mineral dalam lumpur itu sendiri.
"Biasanya juga lumpur itu mungkin sedikit hangat ketika ia keluar tetapi bukannya cairan lava sebaliknya hanya lumpur semata-mata.
"Jadi semalam, kami sudah ambil sampel untuk dibawa ke Kota Kinabalu untuk dianalisa bagi mengetahui kandungannya dan prosesnya mungkin memakan masa kira-kira tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Ditanya jika limpahan lumpur berkenaan boleh memberi kesan, Frederick berkata, risiko letusan volkano lumpur itu terhad di kawasan kawah utama sahaja.
"Maksudnya kawasan rebakan (muntahan lumpur) hanya di kawasan kawah, ia tidak merebak di tempat lain tetapi bahaya juga jika ada yang pergi ke kawasan lumpur berkenaan," katanya.
Beliau turut tidak menolak bahawa volkano lumpur itu mempunyai kandungan mineralnya yang tersendiri yang dikatakan baik untuk kesihatan kulit.
"Di negara luar seperti di Taiwan, Jepun atau di tempat kita sendiri di Pulau Tiga, Kuala Penyu ada amalan pengunjung mandi di kolam lumpur dan dikatakan untuk kebaikan kulit.
"Dari segi geologinya, mungkin ia adalah disebabkan kandungan mineral yang keluar dari bumi tetapi saya sendiri kurang pasti setakat mana manfaatnya.
"Cuma menurut hasil kajian kami sebelum ini, limpahan lumpur itu turut mengeluarkan gas metana seperti lumpur di Pulau Tiga memang ada gas," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 21 2022
Sampel volkano lumpur yang diambil oleh JMG di lokasi kejadian di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu. -Foto Sinar Harian
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
JMG ambil sampel volkano lumpur untuk dianalisis
Frederick Francis Tating berkata, kerja mengambil sampel lumpur sudah dilakukan pada Selasa di lokasi berlakunya letusan volkano lumpur itu.