awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Badan Kehakiman tubuh Mahkamah Tinggi Khas, percepat penyelesaian kes rasuah
Tiga feri penumpang musnah terbakar di limbungan Bukit Malut, Langkawi
STR Fasa 1 2026 mula disalurkan kepada 5 juta penerima hari ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johari Ghani jalan tugas, fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/07/2025
04:18 MYT
Johari Ghani jalan tugas, fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Perdana Menteri bersetuju supaya Johari menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta, menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletak jawatan pada 4 Julai.
  • Pelantikan ini diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Julai.
  • Nik Nazmi melepaskan jawatan susulan kekalahan dalam Pemilihan PKR, dan menegaskan keputusan itu dibuat atas pertimbangan lebih besar walaupun ditawarkan peluang untuk kekal dalam kabinet.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang juga Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut Shamsul Azri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju dan memaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang bersidang pada Rabu lalu.
"Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang peada 9 Julai 2025 bahawa beliau bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta," katanya menerusi kenyataan tersebut.
Jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam kosong susulan peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkuat kuasa 4 Julai lalu.
Keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut dibuat susulan kekalahan beliau dalam Pemilihan PKR, baru-baru ini.
Nik Nazmi dalam kenyataan pada 17 Jun mengekalkan pendiriannya untuk meletak jawatan, walaupun Perdana Menteri masih memberi peluang kepadanya untuk meneruskan tugas.
Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa itu, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pertimbangan yang lebih besar.
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#johari ghani
#letak jawatan
#Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan