awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor akan hantar bakul makanan kepada rakyat Malaysia di Singapura

Bernama
Bernama
26/11/2020
08:30 MYT
Johor akan hantar bakul makanan kepada rakyat Malaysia di Singapura
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata bakul makanan itu akan dihantar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Southern Volunteers. - Bernama
ISKANDAR PUTERI:Kerajaan negeri Johor akan menghantar bakul makanan kepada rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura.
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata bakul makanan itu akan dihantar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Southern Volunteers.
Beliau berkata usaha tersebut akan dilakukan bersama-sama pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia-Singapura.
"Bahawa pada hari ini, kita semua bersidang dalam semangat bermuafakat. Kita adalah rakyat Johor. Kita adalah Bangsa Johor. Atas rasa simpati dan penuh kesedaran, maka, kerajaan negeri Johor melalui Southern Volunteers akan menghantar bakul makanan kepada rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Menteri Besar Johor
#Datuk Ir Hasni Mohammad
#rakyat johor
#rakyat
#rakyat Malaysia
#kerajaan
#Southern Volunteers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan