awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor baik pulih 442 sekolah agama libat kos lebih RM47 juta - Exco

Bernama
Bernama
22/05/2025
14:15 MYT
Johor baik pulih 442 sekolah agama libat kos lebih RM47 juta - Exco
Mohd Fared berkata 10 sekolah agama di DUN Kukup menerima bantuan baik pulih dengan peruntukan berjumlah RM779,934 dari 2023 hingga kini. - Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 442 sekolah agama di Johor termasuk pada tahap kritikal telah dibaik pulih membabitkan kos lebih RM47 juta dari 2022 hingga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid.
Beliau berkata dalam tempoh sama juga terdapat beberapa sekolah agama yang kritikal dalam proses dibaik pulih.
"Proses baik pulih ini menumpukan kepada aspek keselamatan seperti pendawaian, bumbung dan tandas demi memastikan kesejahteraan serta keselamatan murid dan guru," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) yang ingin tahu jumlah sekolah agama Johor yang telah menerima bantuan untuk dinaik taraf dan dibaik pulih, serta jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk sekolah agama di DUN Kukup.
Mohd Fared berkata 10 sekolah agama di DUN Kukup menerima bantuan baik pulih dengan peruntukan berjumlah RM779,934 dari 2023 hingga kini.
Tiga sekolah agama di DUN berkenaan juga, katanya dalam permohonan baik pulih untuk dikemukakan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Pada pertengahan bulan ini, satu bengkel permohonan selenggara dan naik taraf telah diadakan pihak JAKIM bersama Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi permohonan pada tahun ini.
"Oleh itu, saya ingin menyeru sekolah agama yang masih lagi dalam keadaan daif dan memerlukan baik pulih untuk membuat permohonan terus melalui Pejabat Pendidikan Islam Daerah masing masing," katanya.
Di Johor, terdapat 575 Sekolah Agama Kerajaan Johor dan lapan Sekolah Rendah Agama Bersepadu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#tahap kritikal
#sekolah agama
#aspek keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan