awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor benar SOP jarak solat dikurang setengah meter bermula Jumaat ini

Bernama
Bernama
05/01/2022
12:09 MYT
Johor benar SOP jarak solat dikurang setengah meter bermula Jumaat ini
Sultan Ibrahim memperkenankan agar pelaksanaan itu dikuatkuasakan pada 7 Jan iaitu pada Jumaat ini. - Gambar fail/ Bernama
JOHOR BAHRU: Johor membenarkan jarak antara makmum dalam solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu di negeri ini dikurangkan daripada satu meter kepada setengah meter bermula Jumaat ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor Datuk Md Rofiki Samsudin dan Mufti Negeri Datuk Yahya Ahmad hari ini.
Menurut kenyataan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memperkenankan agar pelaksanaan itu dikuatkuasakan pada 7 Jan iaitu pada Jumaat ini hingga suatu tarikh yang akan diumumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor.
"Selain itu, solat hajat juga hendaklah dilaksanakan selepas solat Maghrib setiap hari dan selepas solat Jumaat setiap minggu di semua masjid dan surau negeri ini.
"Program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama daripada satu jam pula ditambah kepada tempoh tidak melebihi daripada dua jam," kata kenyataan itu.
Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan surau akan bertanggungjawab untuk sentiasa memastikan kesemua jemaah mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#sop masjid dan surau
#jarak makmum jemaah
#setengah meter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan