awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
PM Anwar ucap selamat kembali ke sekolah
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor cadang tarik lebih banyak penerbangan antarabangsa tingkat potensi pelancongan

Bernama
Bernama
03/02/2023
01:50 MYT
Johor cadang tarik lebih banyak penerbangan antarabangsa tingkat potensi pelancongan
Raven Kumar (tiga, kanan) hadir pada majlis Mangrove Run sempena Hari Tanah Lembap Sedunia di Taman Negara Tanjung Piai, dekat Pontian, semalam. - Foto Facebook Raven Kumar Krishnasamy
PONTIAN: Kerajaan negeri bercadang untuk menarik lebih banyak penerbangan langsung antarabangsa ke Johor dalam usaha untuk menggalakkan kemasukan pelancong asing.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor K Raven Kumar berkata perkara itu telah dibincangkan beliau ketika pertemuan dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, baru-baru ini.
Antara yang dinyatakan dalam pertemuan itu ialah berhubung penerbangan langsung antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai melibatkan bandar-bandar utama dari China dan India, kata beliau.
"Buat masa ini, terdapat penerbangan terus dari Thailand, Indonesia dan Vietnam ke Senai.
"Dalam perbincangan lepas dengan menteri, ada lima bandar yang kita sasarkan. Semua ini dalam perbincangan dan kita harap akan membuahkan hasil," katanya kepada pemberita selepas majlis Mangrove Run sempena Hari Tanah Lembap Sedunia di Taman Negara Tanjung Piai, dekat sini, semalam.
Jelas Raven Kumar, terminal tambahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga sudah siap dan bersedia untuk menerima tambahan pelancong domestik dan antarabangsa.
Berkenaan dengan pembukaan Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Gelang Patah di Iskandar Puteri ke Tanjung Bin, Pontian bulan lepas, beliau berkata ia bakal melonjakkan sosioekonomi penduduk setempat dan sektor ekopelancongan di kawasan setempat selain menarik pelaburan asing di daerah Pontian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#K Raven Kumar
#Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
#penerbangan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan