awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam direman kemuka laporan kesihatan palsu untuk pencen ilat
Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Murid 6 tahun perlu jalani ujian diagnostik sebelum diterima masuk tahun satu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor dalam mod kesiapsiagaan tertinggi susulan amaran risiko banjir - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
28/11/2025
04:00 MYT
Johor dalam mod kesiapsiagaan tertinggi susulan amaran risiko banjir  - Onn Hafiz
Onn Hafiz menyeru seluruh Bangsa Johor untuk terus peka dengan perkembangan cuaca, mengikuti makluman rasmi PRABN, Jabatan Pengairan dan Saliran dan MetMalaysia. - Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor kini berada dalam mod kesiapsiagaan tertinggi susulan amaran risiko banjir di Segamat, Tangkak dan Muar yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sejak semalam.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan berhampiran lembangan sungai dan lokasi rendah dikenal pasti berisiko tinggi sekiranya hujan berintensiti tinggi berterusan hingga Sabtu ini.
Justeru, beliau berkata kerajaan negeri meningkatkan kesiapsiagaan melalui pemantauan 24 jam di semua lokasi panas, mobilisasi aset keselamatan dan penyediaan logistik kritikal bagi memastikan tindakan kecemasan dapat dilaksanakan dengan segera demi keselamatan penduduk di kawasan terjejas.
"Saya ingin menyeru seluruh Bangsa Johor untuk terus peka dengan perkembangan cuaca, mengikuti makluman rasmi PRABN, Jabatan Pengairan dan Saliran dan MetMalaysia, serta memberi kerjasama penuh kepada agensi keselamatan sekiranya diminta berpindah demi keselamatan bersama.
"Marilah kita sama-sama berdoa agar cuaca kembali stabil dan Johor dijauhkan daripada sebarang bencana. Semoga Allah SWT memelihara negeri dan seluruh rakyat Johor. Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#banjir
#Johor
#amaran risiko banjir
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan