Johor dijangkakan tidak perlu lagi membeli bekalan air terawat dari Singapura menjelang 2022 apabila siap pembinaan beberapa loji air baharu dengan kapasiti 260 juta liter air sehari, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.
Beliau berkata kerajaan perlu memastikan Johor mempunyai bekalan air terawat tersendiri dan mencukupi untuk kegunaan negeri itu dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat dari negara jiran itu.
"Kita kena pastikan di Johor mempunyai bekalan air terawat sendiri dan mencukupi. Oleh itu, kita akan sediakan beberapa loji air baharu di negeri Johor menjelang 2022," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Besar Johor, Datuk Dr Shahruddin Jamal, di kementeriannya, di sini hari ini.
Ditanya sama ada usaha itu akan memberi kesan dalam rundingan Perjanjian Air antara Malaysia dan Singapura, Xavier berkata langkah tersebut tidak memberi kesan dan perjanjian masih kekal.
Mengikut perjanjian air semasa yang berakhir pada tahun 2061, Malaysia membekalkan air mentah kepada Singapura sebanyak 250 juta gelen setiap hari pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen.
Kemudian, Malaysia membeli semula air yang telah dirawat dari republik itu pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.
Selain isu air, Xavier berkata kata sepakat dengan kerajaan negeri Johor turut dicapai mengenai langkah menangani pencemaran sungai di kawasan Johor dan Pasir Gudang melalui pengurusan air sisa kumbahan yang lebih efisien.
"Selain itu kedua-dua pihak turut bersetuju dengan pengurusan hutan yang mampan terutamanya melibatkan aspek pemuliharaan hutan simpan kekal sebagai khazanah negara," katanya.
Beliau berkata kementerian dan kerajaan negeri Johor juga bersetuju mengenai penubuhan Akaun Amanah Bagi Operasi Menyelamat Hidupan Liar Yang Terperangkap.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 19 2019

DR XAVIER: Kita kena pastikan di Johor mempunyai bekalan air terawat sendiri dan mencukupi. - Gambar fail/BERNAMA

Black History | Guna baton generasi terdahulu lakar sejarah - Harris
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris berucap pada sambutan bulan Black History di White House. Kata Harris, ini masanya untuk generasi kini menggunakan inspirasi perjuangan generasi terdahulu dalam melakar sejarah yang lebih baik.

Tokoh politik sertai tunjuk perasaan sokong komuniti Asia-Amerika
Tokoh politik terkemuka di New York memimpin tunjuk perasaan di Manhattan pada Sabtu bagi menyokong komuniti Asia-Amerika yang menjadi sasaran keganasan baru-baru ini.

Kempen vaksinasi COVID-19 bermula di Thailand
Program vaksinasi itu diadakan pada Ahad di sebuah institusi penyakit berjangkit di pinggiran Bangkok.

Sungai Tercemar: Ribuan ikan air tawar ditemui mati
Sejak tiga minggu lalu, ribuan bangkai ikan air tawar ditemui di permukaan Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Gua Musang. Namun, sejak tiga hari lalu, kejadian sama berulang secara misteri.

Tiada kelebihan wakil rakyat lompat parti - Penganalisis politik
Kekuatan sesebuah parti terletak kepada sokongan akar umbi dan bukan bergantung kepada penghijrahan wakil rakyatnya.

Ratusan berhimpun desak PM Israel letak jawatan
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Jerusalem bagi menuntut peletakan jawatannya.

Politik | Tukar parti, adakah tanda ada krisis?
Wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

Arab Saudi memintas 526 drone peledak, 346 peluru berpandu balistik
Al-Maliki memaklumkan tiada negara lain selain Arab Saudi yang memiliki kebolehan tersebut.

Johor dijangka tidak perlu beli air terawat dari Singapura menjelang 2022
Johor dijangkakan tidak perlu lagi membeli bekalan air terawat dari Singapura menjelang 2022 apabila siap pembinaan beberapa loji air baharu dengan kapasiti 260 juta liter air sehari.