ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor berharap agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengkaji semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohamad berkata syarat baharu berkenaan dilihat akan memberi kesan kepada Johor, sekali gus mengharapkan agar syarat lama dapat dikekalkan.
Beliau berkata perkara berkenaan turut disuarakan kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi perbincangan pada tengah hari tadi.
"Keadaan di Johor berbeza kerana kita berjiran dengan Singapura dan program MM2H adalah satu daripada kekuatan yang banyak memberi faedah dan manfaat kepada kita.
"Jadi, kita berharap KDN bukan sahaja dapat mengkaji semula syarat itu, tetapi juga mencapai satu keputusan dengan segera. Johor amat terkesan dengan apa yang telah diumumkan (syarat baharu) dan kalau boleh syarat lama itu dikekalkan dan peserta tidak terikat dengan syarat baharu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Penyerahan 46 unit rumah bagi penempatan semula penduduk Kampung Ladang Darat ke Kampung Pendas Baru, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai antara perkara yang dibincangkan menerusi lawatan Tengku Zafrul ke Johor selama dua hari bermula semalam.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar baru-baru ini menzahirkan kekecewaan kepada KDN kerana enggan menyemak semula syarat ketat MM2H.
Baginda bertitah Johor adalah antara destinasi popular MM2H selain program itu turut menyumbang kepada pendapatan negeri.
Pada 11 Ogos lepas, KDN mengumumkan MM2H, yang sebelum ini dibekukan, diaktifkan semula dengan penambahbaikan dibuat ke atas dasar dan syarat permohonan bagi tujuan mengimbangi aspek keselamatan dan ekonomi.
Sementara itu, Hasni berkata kerajaan negeri turut menyuarakan hasrat kepada Tengku Zafrul untuk memperluaskan agenda pembekalan makanan dan kesediaan untuk menjadi pembekal produk makanan kepada negara luar.
"Kita telah menerima peruntukan RM35 juta menerusi belanjawan tahun lepas dan akan meminta tambahan belanjawan pada tahun depan untuk menjayakan agenda ini," katanya.
Hasni berkata Tengku Zafrul juga antara lain turut bersedia untuk melihat semula beberapa insentif kepada sektor elektronik, pembuatan dan petrokimia di negeri ini berikutan keadaan ekonomi yang lembab susulan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 19 2021
Datuk Hasni Mohamad berkata syarat baharu berkenaan dilihat akan memberi kesan kepada Johor, sekali gus mengharapkan agar syarat lama dapat dikekalkan. - Gambar fail
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.