KULAI: Kerajaan Johor akan melihat semula projek perumahan baharu bagi memastikan pemaju turut menumpu kepada pembangunan di sekitar kawasan projek terlibat termasuk menambah baik sistem saliran dan parit monsun.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata langkah itu merupakan antara perancangan bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri itu.
"Dalam satu projek perumahan, biasanya di peringkat pemaju hanya buat kolam takungan dan longkang yang airnya akan mengalir ke longkang atau parit monsun yang tidak diselenggara.
"Apabila tidak diselenggara, aliran air pula semakin bertambah dan parit monsun yang dibina 10 hingga 20 tahun lepas tidak dapat menampung air itu. Sebab itu, di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas ini kita kena lihat perkara ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Geran Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi 2022 di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 36 daripada 106 kawasan 'hot spot' banjir di Johor adalah terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Menurutnya ini mungkin kerana Johor Bahru antara bandar raya tertua dengan kawasan pembangunan yang padat, banyak perumahan lama dan apartmen tinggi membuatkan aliran air sangat mempengaruhi bagi berlakunya banjir.
"Pagi ini kalau kita tengok, hujan lebat tidak sampai dua jam (tetapi telah) menyebabkan jalan di Wisma Persekutuan dinaiki air.
"Di peringkat MBJB, memang sudah berbincang dari segi teknikal (untuk tangani) dan akan dilaksana segera, jika isu air pasang dan hujan lebat kita akan guna sistem pam keluarkan air masuk ke laut," katanya.
Terdahulu, seramai 33 pelajar yang menyambung pelajaran di peringkat ijazah dan diploma di daerah Kulai menerima wang saguhati daripada Yayasan Sejahtera Kulai dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM22,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Langkah itu merupakan antara perancangan bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri itu. - Gambar fail
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.
'Oyen' tak mahu makan, ‘terkejut’ jadi mangsa banjir
Bila cerita perihal banjir, bukan hanya manusia, haiwan termasuk kucing peliharaan pun turut sama terkesan.