awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor, KKM setuju keperluan segera isi kekosongan jawatan kritikal di tiga hospital utama

Bernama
Bernama
15/07/2025
15:15 MYT
Johor, KKM setuju keperluan segera isi kekosongan jawatan kritikal di tiga hospital utama
Onn Hafiz berkata pertemuan berkenaan memberi fokus kepada usaha memperkukuh pengoperasian tiga hospital utama, iaitu HSA, HSI dan Hospital Kulai. - Gambar Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju terdapat keperluan segera untuk mengisi kekosongan jawatan, memperbaiki fasiliti serta menaik taraf kemudahan di tiga hospital utama di Johor bagi memperkukuh infrastruktur hospital dan kebajikan petugas.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia antara perkara yang dipersetujui dalam pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata pertemuan berkenaan memberi fokus kepada usaha memperkukuh pengoperasian tiga hospital utama, iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Kulai.
"Hasil perbincangan turut mencapai persetujuan supaya Hospital Pasir Gudang (HPG) dan Klinik Kesihatan (KK) Cendana perlu diperkukuh dan ditambah tenaga kerja serta peralatan sebelum dijangka mula beroperasi pada awal tahun hadapan.
Bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar, sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan sebagai mekanisme penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan serta kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya dalam aspek kesihatan awam.
Onn Hafiz berkata kerajaan negeri dan KKM sentiasa komited memperjuangkan hak rakyat untuk mendapatkan rawatan yang adil, cekap dan berkualiti serta menjaga kebajikan barisan hadapan yang menjadi tunjang sistem kesihatan.
Semalam, Onn Hafiz mendedahkan Johor berhadapan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang semakin kritikal, dengan seorang jururawat di Johor terpaksa menguruskan 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8, khususnya di hospital-hospital utama.
Onn Hafiz berkata keadaan itu membimbangkan kerana bukan sahaja menjejaskan moral petugas kesihatan, malah turut memberi kesan terhadap kualiti rawatan yang diterima pesakit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Kulai
#petugas kesihatan
#barisan hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan