awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor mohon selesaikan isu kekurangan jururawat, doktor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
01/06/2023
01:45 MYT
Johor mohon selesaikan isu kekurangan jururawat, doktor
Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) ketika melawat HSI bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon. - Foto Facebook/Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Johor memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dalam penyelesaian segera isu kekurangan doktor dan jururawat ketika ini
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kekurangan jururawat dan doktor menyebabkan beberapa wad yang membabitkan jumlah katil yang besar tidak dapat digunakan.
Katanya keadaan itu turut menyebabkan kesesakan pesakit yang mahu mendapatkan rawatan, khususnya di Hospital Sultan Ismail (HSI).
"Dalam lawatan saya di HSI, terdapat kekurangan staf telah menyebabkan Wad 9A dan 10A yang melibatkan lebih 100 katil pesakit tidak dapat digunakan.
"Malah hanya 10 dari 18 bilik bedah (OT) dapat digunakan. Pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
"Ini bermakna ramai juga pesakit yang terkorban sementara menunggu giliran untuk dirawat.
"Saya merayu kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan isu kekurangan staf ini pada kadar yang segera," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam Onn Hafiz, melawat HSI bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.
Katanya percaya kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan mampu menyelesaikan isu-isu berbangkit.
"Ia seterusnya mampu memberikan perkhidmatan cemerlang kepada seluruh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia. InsyaAllah.
"Kerajaan Negeri bertekad untuk memastikan isu perkhidmatan kesihatan di Negeri Johor ini bertambah baik, terutamanya di HSI dan HSA yang merupakan antara hospital awam tersibuk di Malaysia," katanya.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Zainal Alhakab Seman, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan), Wan Hashim Wan Rahim dan Pengarah (Perkembangan Perubatan), Dr Mohd Azman Yacob.
Topic Berkaitan
#jururawat
#Doktor
#onn hafiz ghazi
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan