KUALA LUMPUR: Selepas Sabah malam tadi, Johor pula menjadi negeri seterusnya dilanda banjir membabitkan pembukaan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat yang menempatkan seramai 456 mangsa daripada 133 keluarga setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri pula iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan.
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata PPS berkenaan dibuka mulai lewat malam tadi susulan hujan berterusan di daerah berkenaan sejak semalam.
"PPS yang dibuka ialah Balai Raya Kampung Sermin, Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun, Balai Raya Kampung Paya Lenga, Balai Raya Kampung Paya Lebar, Balai Raya Kampung Gelang Chinchin, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang.
"Kawasan terjejas melibatkan Kampung Sermin, Kampung Lembah Bakti, Kampung Pekan Air Panas, Kampung Paya Lenga, Kampung Paya Lebar, Kampung Gelang Chinchin, Kampung Tenang dan Kampung Sedeng," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menerusi laman web rasmi public infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) https://publicinfobanjir.water.gov.my, aras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat telah melebihi tahap bahaya iaitu 20.11 meter (m), manakala Sungai Lenik di Kampung Chaah, Segamat telah melebihi tahap amaran dengan 5.58 m setakat 8.15 pagi ini.
Sementara itu, aras air Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak, juga telah melebihi paras bahaya yang mencatatkan 4.16 m, pagi ini.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 504 mangsa daripada 167 keluarga pagi ini berbanding 73 mangsa daripada 17 keluarga malam tadi dalam bencana banjir di daerah Kota Marudu dan sebuah PPS baharu dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 keluarga manakala PPS SK Teritipan menempatkan 251 mangsa daripada 70 keluarga.
"Jumlah kemasukan mangsa ke PPS terus bertambah ekoran keadaan paras air masih tinggi. Pasukan pemantau telah membuat pemantauan di kampung-kampung yang telah dinaiki air," menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan hari ini.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir meningkat kepada 138 individu daripada 41 keluarga yang berada di sembilan PPS termasuk Surau Kampung Gedok, SK Felda Palong 1 dan Dewan Desa Dangi, setakat 8 pagi ini.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan seramai 295 individu yang terperangkap dalam banjir di Felda Jelai 4 di Gemas, Kampung Tengah, Kampung Geduk, Kampung Tenai, dan Kampung Baru Geduk di Gemencheh, Felda Palong 1 di Bahau, Kampung Kuala Johol, Kuala Pilah serta Kampung Tanah Datar Hilir dan Teha Homestay di Seri Menanti, diselamatkan oleh anggotanya sejak awal pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir di KELANTAN mencatatkan sedikit peningkatan setakat 8 pagi ini, apabila seramai 1,129 individu terjejas berbanding 1,128 orang semalam yang ditempatkan di 18 PPS melibatkan tiga jajahan iaitu 11 di Kuala Krai, enam di Jeli dan satu di Tanah Merah, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS melaporkan hanya satu sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai merekodkan bacaan 25.27 m.
Hari ketiga banjir di TERENGGANU menyaksikan jumlah mangsa terus meningkat kepada 451 orang daripada 128 keluarga pagi ini berbanding 433 orang daripada 123 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memberitahu satu lagi PPS di daerah Dungun dibuka menjadikan jumlah keseluruhan PPS adalah empat buah.
"PPS itu ialah Dewan Orang Ramai Kampung Minda yang dibuka tengah malam tadi menempatkan 18 mangsa daripada lima keluarga. Tiga PPS lain kekal dengan jumlah sama iaitu surau Kampung Ban Ho di Kemaman (43 mangsa, lapan keluarga), Dewan Serbaguna Kampung Shukur, Dungun (225 mangsa, 60 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dungun (165 orang, 55 keluarga)," menurut kenyataan itu.
Di PAHANG, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan seramai 2,030 mangsa masih berada di 32 PPS melibatkan enam daerah pagi ini.
Hujan lebat berterusan menyebabkan tujuh PPS kembali dibuka di Raub sebagai persediaan awal, namun setakat awal pagi ini hanya satu PPS iaitu di SK Ulu Atok dihuni oleh 35 orang daripada lapan keluarga.
JPS melaporkan dua sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Serting di Padang Gudang, Bera dengan kedua-duanya menunjukkan trend menaik.
Enam sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut; Sungai Dong di Kampung Peruas (Raub); Sungai Lipis di Benta (Lipis), Sungai Triang di Chemomoi (Bentong); Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Kechau di Kampung Dusun (Lipis).
Di SELANGOR, setakat 11 malam tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir atau hujan lebat bakal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.
Di MELAKA, sebanyak 96 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke dua PPS berikutan banjir yang kembali melanda Alor Gajah malam tadi.
Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra dalam kenyataan berkata 15 mangsa daripada lapan keluarga menghuni Balai Raya Gadek yang dibuka pada 3.30 pagi tadi manakala 81 daripada 21 keluarga dipindahkan ke SMK Seri Pengkalan yang dibuka pada 7 pagi ini.
"Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) juga kini dibuka pada 7 pagi dan mangsa sedang dalam proses pendaftaran," katanya.
Ketiga-tiga PPS yang ditutup Khamis lepas dibuka semula hari ini berikutan banjir kembali melanda daerah Alor Gajah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022
Hari ketiga banjir di Terengganu menyaksikan jumlah mangsa terus meningkat kepada 451 orang daripada 128 keluarga pagi ini, berbanding 433 orang daripada 123 keluarga malam tadi. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Tiga PPS di Melaka ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Banjir: Hujan lebat di selatan Sarawak, dua PPS diaktifkan
Sarawak mengaktifkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 18 mangsa banjir setakat 12.45 tengah hari ini.
Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya - Nadma
Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya selepas 463 mangsa yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara di Dungun dibenarkan pulang.
Banjir: PPS terakhir di Pahang ditutup, Terengganu tiada perubahan - Nadma
Jumlah mangsa di Terengganu kekal 473 orang daripada 157 keluarga di dua PPS di Dungun.
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menurun setakat petang ini - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor terus mencatatkan trend penurunan kepada 1,114 orang di 12 pusat pemindahan sementara.
2,626 mangsa banjir di tiga negeri setakat tengah hari - Nadma
Menurut NADMA, 10 PPS beroperasi di daerah Setiu yang menempatkan 1,048 mangsa, Besut (lapan PPS, 480 orang), Hulu Terengganu (lima PPS, 294 orang) dan Dungun (empat PPS, 283 orang).
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat, dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam tadi.
120 mangsa banjir di dua negeri setakat tengah hari - Nadma
Seramai 120 mangsa banjir masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak setakat tengah hari ini.