awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kematian menjelang Aidilfitri

Bernama
Bernama
31/03/2025
05:45 MYT
Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kematian menjelang Aidilfitri
M Kumar (foto) berkata angka berkenaan adalah tinggi bagi statistik harian apatah lagi ia berlaku ketika menjelang Aidilfitri. -Gambar fail
JOHOR BAHRU: Johor merekodkan 239 kemalangan jalan raya melibatkan dua kes kemalangan maut dengan empat kematian dalam tempoh 24 jam, semalam.

Ringkasan AI
  • Johor merekodkan 239 kemalangan jalan raya dalam tempoh 24 jam, termasuk dua kes kemalangan maut dengan empat kematian.
  • Ketua Polis Johor menggesa orang ramai untuk bersabar dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini.
  • Kira-kira 30,000 kenderaan luar telah memasuki Johor semalam, namun aliran trafik kembali lancar pada pagi ini.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata angka berkenaan adalah tinggi bagi statistik harian apatah lagi ia berlaku ketika menjelang Aidilfitri.
"Orang ramai diminta mengamalkan sikap bersabar dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya supaya kita sama-sama dapat mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Johor bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Berhubung aliran kemasukan trafik di Johor, Kumar berkata kira-kira 30,000 kenderaan luar telah memasuki negeri ini semalam, termasuk menerusi Tambak Johor dan Linkedua.
"Setakat ini tiada kesesakan teruk berlaku, mungkin semalam ada sedikit tetapi pagi ini aliran trafik di seluruh negeri kembali lancar," katanya sambil menambah seramai 4,000 pegawai dan anggota bertugas sempena Aidilfitri ini, termasuk 1,998 daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
Pada Jumaat lepas, Kumar dilapor berkata kira-kira dua juta kenderaan luar dijangka memasuki Johor dan bilangan itu menyaksikan peningkatan hingga tiga kali ganda berbanding hari-hari biasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Tambak Johor
#kemalangan jalan raya
#ketua polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan