awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor saran laluan kontra diaktifkan atasi kesesakan CIQ BSI

Bernama
Bernama
06/10/2023
15:31 MYT
Johor saran laluan kontra diaktifkan atasi kesesakan CIQ BSI
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu bagi membantu mengurangkan kesesakan di pintu sempadan negara, bagi laluan darat antara Malaysia dan Singapura. - Foto FB Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyarankan agar laluan kontra diaktifkan, khusus bagi pengembara yang menggunakan laluan pejalan kaki dan pengangkutan awam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu bagi membantu mengurangkan kesesakan di pintu sempadan negara, bagi laluan darat antara Malaysia dan Singapura.
"Dijangka dry run laluan kontra di dewan penumpang, akan dilakukan bermula minggu hadapan bagi melancarkan pergerakan masuk ke negara ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau malam ini.
Onn Hafiz berkata Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), juga diminta untuk terus memastikan kelancaran aliran trafik keluar dan masuk ke negara ini.
Beliau berkata kerajaan negeri, sentiasa memberikan perhatian berhubung isu kesesakan agar pergerakan keluar masuk di sempadan, menerusi Johor yang melibatkan ratusan ribu pengguna lebih selesa khususnya musim cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CIQ BSI
#laluan kontra
#onn hafiz ghazi
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan