awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor usaha beralih ke fasa endemik, tingkat kadar vaksinasi - Hasni

Bernama
Bernama
28/02/2022
09:28 MYT
Johor usaha beralih ke fasa endemik, tingkat kadar vaksinasi - Hasni
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berucap pada Pelancaran Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Senai hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor sedang berusaha untuk beralih ke fasa endemik dengan meningkatkan kadar vaksinasi penduduk negeri ini termasuk dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.
Menurut beliau langkah itu merupakan syor utama dalam memastikan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dapat ditingkatkan, seterusnya membuka sempadan antara Johor dan Singapura kelak.
"Saya yakin apabila sempadan Johor dan Singapura dapat dibuka, itu adalah satu penyumbang besar kepada kerancakan semula ekonomi negeri.
"Walaupun keputusan itu melibatkan dua negara, tetapi oleh kerana (pembukaan) sempadan ada kesan kepada negeri Johor, kerajaan negeri kerap dilibatkan untuk membuat perancangan membuka semula sempadan. Ia adalah sesuatu yang kerajaan negeri kemukakan sebagai satu syor utama untuk gerak ke hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Senai di sini, hari ini.
Katanya kerajaan negeri menyumbang RM6 juta kepada sahabat usahawan AIM Johor bagi membantu mereka merancakkan perniagaan.
Sementara itu merujuk kepada pengundian secara pos bagi pengundi Johor yang menetap di Singapura, Hasni berkata kaedah itu merupakan pilihan terbaik memandangkan terdapat kekangan untuk mereka pulang ke tanah air akibat COVID-19 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti .
Katanya beliau yakin pengundian secara pos adalah peluang yang adil untuk semua pengundi berdaftar di negeri itu menunaikan hak demokratik mereka.
Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang dalam proses menghantar kertas undi ke negara jiran itu hari ini, selepas senarai nama calon yang bertanding dimuktamadkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#fasa endemik
#vaksinasi
#Kanak-kanak
#Menteri Besar
#Hasni Mohammad
#Singapura
#PRN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan