awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor-Singapura pantau rapat projek RTS, jadikan keutamaan - Onn Hafiz

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
14/02/2023
09:05 MYT
Johor-Singapura pantau rapat projek RTS, jadikan keutamaan - Onn Hafiz
Onn Hafiz bersama Iswaran dalam pertemuan di Singapura dalam lawatan kerja di Republik itu, pagi tadi. - Foto Facebook/Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor bersama negara jiran, Singapura menjadikan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura sebagai keutamaan bersama.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kata sepakat itu dicapai menerusi lawatan rasminya ke republik itu selepas pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Singapura, yang juga menteri bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan Singapura, S Iswaran, pagi tadi.
"Ia penting dalam usaha meningkatkan kesalinghubungan, yang bukan sahaja penting untuk logistik perniagaan, tetapi juga hubungan sesama rakyat kedua-dua negara.
"Saya menyambut baik cadangan beliau (Iswaran) agar dalam kita memantau secara dekat perkembangan projek infrastruktur tersebut, kita juga perlu menetapkan sasaran jangka masa pendek dan sederhana, supaya kemajuan projek kekal dalam landasan yang ditetapkan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelas Onn Hafiz, pihaknya mengulangi komitmen yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penambahan laluan motosikal untuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Katanya ini kerana Tambak Johor-Singapura adalah antara laluan darat tersibuk di dunia, dengan lebih 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, berulang-alik setiap hari dari Johor Bahru.
"Saya juga berkongsi keterbukaan YAB Datuk Seri Anwar untuk melihat kepada cadangan melebarkan laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ke Johor. Sudah semestinya hasrat ini, jika direalisasikan, dapat memberi manfaat kepada komuniti perniagaan di Singapura yang ingin melabur di Malaysia.
"Tidak ketinggalan, cadangan perkhidmatan feri baharu dari Puteri Harbour ke Tuas, yang bertujuan sebagai antara solusi dalam mengurangkan kesesakan laluan di Laluan Kedua (SecondLink) Malaysia–Singapura.
"Saya sekali lagi menzahirkan tekad Kerajaan Negeri Johor dalam segala usahasama antara Johor-Singapura pada masa akan datang. Keakraban ini begitu signifikan untuk kedua belah pihak," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Sistem Transit Rapid
#onn hafiz ghazi
#Johor
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan