awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jom ke Jelajah Jiwa SME di Kota Bharu 15-16 September, pelbagai program disediakan!

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2023
09:47 MYT
Jom ke Jelajah Jiwa SME di Kota Bharu 15-16 September, pelbagai program disediakan!
Siri Jelajah Jiwa SME ini turut menampilkan persembahan dikir barat dan banyak lagi daripada warga Kelantan pada Sabtu bermula jam 11 pagi hingga 8 malam. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Siri Jelajah Jiwa SME hari pertama di Kota Bharu berlangsung meriah dengan kehadiran penduduk setempat sekali gus membuka peluang usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) untuk memantapkan serta menimba banyak ilmu perniagaan.
Meninjau suasana lokasi acara siri ketiga jelajah SME 2023, terdapat 35 buat reruai atau booth usahawan tempatan termasuk daripada agensi kerajaan dibuka untuk pengunjung.
Untuk hari pertama, Siri Jelajah Jiwa SME di Kota Bharu mempersembahkan sesi Saya Jual, iaitu usahawan diberikan durasi masa tertentu untuk mempersembah idea perniagaan masing-masing. Para usahawan perlu menawan hati juri tetap dengan idea bernas mereka.
Turut menanti pengunjung adalah sesi pentas niaga yang dibawakan Bank Rakyat bersama UNIFI Business, yang mengetengahkan peserta UNIFI Business, Abdul Azharee Abdul Wahid, dalam perkongsian ilmu perniagaan.
Dalam sesi itu, Azharee akan memberi taklimat bagaimana para usahawan dapat memajukan perniagaan mereka dengan cara terbaik.
Jiwa SME: Siri jelajah SME di Kota Bharu buka peluang usahawan PKMS timba ilmu
Dalam pada itu, Siri Jelajah Jiwa SME ini turut menampilkan persembahan dikir barat dan banyak lagi daripada warga Kelantan pada Sabtu bermula jam 11 pagi hingga 8 malam.
Siri jelajah ini merupakan satu acara menggabung sesi perkongsian daripada pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran produk tempatan menerusi reruai menawarkan perkhidmatan kepada usahawan dan pengunjung.
Siri jelajah jiwa SME ketiga ini bakal berlangsung selama dua hari bermula 15 hingga 16 September 2023 bertempat di AEON Mall, Kota Bharu.
Antara pengisian tumpuan pada kali ini ialah sesi Saya Jual dengan sesi pembentangan dan pameran produk oleh usahawan tempatan.
Penganjuran Saya Jual kali ini bakal menobatkan seorang pemenang untuk kategori penyertaan terbaik dan dua pemenang kategori penyertaan berpotensi.
Pengisian lain yang bakal berlangsung adalah bengkel keusahawanan oleh TikTok Shop, Unifi Business dan Santai Namun Sampai yang dibawakan khas oleh Bank Rakyat.
Jelajah Jiwa SME bakal bertemu PMKS di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang pada 21 dan 22 Oktober 2023 dan Wilayah Persekutan pada 24 hingga 26 November 2023.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jelajah Jiwa SME oleh Astro AWANI, layari www.jiwasme.com.my.
Dapatkan informasi terkini berkaitan Jelajah Jiwa SME di sini
Topic Berkaitan
#keusahawanan
#Jelajah Jiwa SME
#Bank Rakyat
#usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana PKMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan