Skip to main content

Malaysia

JPBD isytihar penamatan bencana kebakaran di Sandakan

SANDAKAN, 19 April — Kira-kira 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia di sini, awal pagi tadi.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pada 2 Mei lepas, lapan pusat pemindahan sementara yang menempatkan mangsa kebakaran Kampung Bahagia telah ditutup sepenuhnya. - Gambar fail/Bernama

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan mengisytiharkan penamatan bencana kebakaran di daerah berkenaan hari ini.

Pengerusi JPBD Datuk Walter Kenson berkata penamatan itu dibuat petang tadi.

“Dengan ini, berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa kejadian bencana telah pulih sepenuhnya,” menurut beliau dalam kenyataan di sini.

Pada 2 Mei lepas, lapan pusat pemindahan sementara yang menempatkan mangsa kebakaran Kampung Bahagia ditutup sepenuhnya.

Sebelum itu, sebanyak 1,000 rumah atas air di kampung berkenaan musnah dalam kebakaran pada 19 April lepas sehingga menyebabkan ribuan penduduk terjejas.

-- BERNAMA

Must Watch Video