awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ akan dijenamakan semula - KP

Bernama
Bernama
18/09/2017
05:35 MYT
JPJ akan dijenamakan semula - KP
Jabatan itu akan menyemak semula sistem dan prosedur di JPJ jika ia didapati menyusahkan rakyat. - Gambar fail/BERNama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalani proses penjenamaan semula supaya tidak dilihat sebagai satu jabatan yang menyusahkan rakyat, kata Ketua Pengarah baharunya Datuk Shaharuddin Khalid.
Bercakap kepada pemberita pada hari pertama melapor diri bertugas di ibu pejabat JPJ di sini hari ini, katanya beliau akan menyemak semula sistem dan prosedur di JPJ jika ia didapati menyusahkan rakyat.
Shaharuddin, 57, yang sebelum ini merupakan Ketua Penasihat Eksekutif Pejabat Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata beliau berazam untuk meningkatkan tadbir urus jabatan tersebut bagi menjadikannya agensi penguat kuasa jalan raya yang cemerlang dan unggul di ASEAN.
"Saya tidak mahu dilihat sebagai pembanteras rasuah. Setiap sektor kerajaan komited untuk menolak rasuah dan ini merupakan proses berterusan," katanya ketika mengulas berhubung latar belakangnya daripada SPRM.
Beliau menyertai Badan Pencegahan Rasuah yang kini SPRM sebagai pegawai siasatan pada 1984.
Shaharuddin berkata beliau mempunyai visi untuk meningkatkan prestasi JPJ namun ia tidak bermaksud pada masa ini JPJ bermasalah.
"Kami (JPJ) adalah baik dan kami mahu membawa (prestasi) diri kami ke tahap lebih tinggi," katanya.
Katanya JPJ juga akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugasnya seperti Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#penjenamaan semula
#Shaharuddin Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan