Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang 50 lagi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nadzri Siron.
Beliau berkata kamera terbabit akan dipasang di lokasi strategik yang telah dikenal pasti dalam usaha jabatan itu menurunkan kadar kemalangan maut.
"Setakat ini 21 kamera telah dipasang," katanya selepas merasmikan Majlis Pembukaan dan Perasmian Kursus Kecemerlangan serta Sukan JPJ 2017 di Pusat Konvensyen Duyong Marina Resort, di sini malam tadi.
Seramai 1,482 pegawai dan anggota JPJ melibatkan 15 kontinjen mengambil bahagian dalam kejohanan yang bermula Khamis lalu sehingga esok dengan 10 acara dipertandingkan, bertempat di Universiti Malaysia Terengganu.
Selain itu, Nadzri berkata JPJ akan turut memberikan penekanan terhadap kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat yang semakin meningkat kebelakangan ini berikutan terdapatnya aduan menerusi media sosial.
Katanya pengguna motosikal dikesan paling tinggi mencatatkan kesalahan tersebut yang merupakan tujuh kesalahan utama yang mengundang kemalangan maut.
"Operasi memang kita adakan setiap masa namun kali ini kita tekankan kepada Ops Lampu merah yang dilaksanakan sejak 12 Julai lalu ekoran kegagalan pengguna mematuhi peraturan tersebut.
"Saman akan terus dikenakan kepada pesalah trafik yang gagal mematuhinya dan kompaun maksimum RM300 boleh dikenakan," katanya.
Beliau berkata setakat bulan ini sahaja 300 penunggang motosikal maut manakala 299 lagi cedera kerana tidak mematuhi lampu isyarat.
Menurutnya sepanjang Ops Lampu Merah dijalankan dari 12 hingga 20 Julai, sebanyak 1,492 saman dan 223 temu siasat menerusi penyamaran bergambar dikeluarkan.
"Sebanyak 1,504 tindakan diambil ke atas penunggang motosikal, kereta (420), bas (9), kenderaan perdagangan (99) dan lain-lain (701)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2017
Menurut JPJ, kamera terbabit akan dipasang di lokasi strategik yang telah dikenal pasti dalam usaha jabatan itu menurunkan kadar kemalangan maut.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Lebih 5,000 kenderaan langgar had laju pada hari pertama Ops HRA - JPJ
Sebanyak 5,021 daripada 750,903 kenderaan yang melewati kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya.
Sistem AWAS masih kekal beroperasi
Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih beroperasi.
Empat kamera AWAS dengan had laju 70kmj di Terowong Menora
Pemasangan kamera diharap menjadi elemen pencegahan untuk sebarang ketidaktentuan pemanduan di terowong yang selama ini menjadi 'focal point' kepada orang ramai.
JPJ nafi dakwaan hanya empat kamera AWAS berfungsi
JPJ juga menyangkal dakwaan kononnya jabatan itu tiada kepakaran untuk menjalankan pengoperasian kamera AWAS.
45 kamera AWAS beroperasi sejak 1 Mac lalu
Sebanyak 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) telah beroperasi sejak 1 Mac lalu, ujar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
'Saya gagal jika kemalangan meningkat dalam tempoh 5 tahun' - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menegaskan penambahan Sistem Penguatkuasaan Kamera (AES) atau AWAS hanya untuk mendidik dan bukan berorientasikan keuntungan kepada kerajaan.
PDRM ambil tindakan terhadap 'bikers' Singapura tutup nombor plat
Perkara itu dikatakan telah menjadi trend 'bikers' warga Singapura disyaki bagi mengelak kamera AES sepanjang Lebuh Raya PLUS.
MIROS saran lebih banyak 'roadblock' pada hujung minggu di Jambatan Pulau Pinang
Ini kerana waktu tersebut dilihat sebagai tempoh kemungkinan ramai pemandu mabuk atau mengambil bahan larangan menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
56,680 saman AWAS dikeluarkan
Bagaimanapun, jumlah pesalah trafik yang membayar saman adalah rendah, dan sangat menyedihkan.
1,268 saman AWAS dikeluarkan dalam masa 48 jam - Anthony Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 1,268 saman dalam masa 48 jam sejak penguatkuasaan yang baharu dilaksanakan pada 1 September lalu.