awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ jangka nombor pendaftaran kenderaan 'F1' mampu dijual lebih RM1 juta

Bernama
Bernama
11/06/2016
09:47 MYT
JPJ jangka nombor pendaftaran kenderaan 'F1' mampu dijual lebih RM1 juta
Ismail enggan mendedahkan identiti individu yang membuat permohonan membida nombor pendaftaran 'F1' itu berikutan tempoh pembukaan tender masih berbaki tiga hari lagi. - Gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk Putrajaya, 'F1' mampu dijual sehingga melebihi RM1 juta.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata jumlah yang akan dibida bagi nombor pendaftaran baharu itu tidak ditetapkan dan adalah terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat memilikinya.
Beliau berkata tarikh tutup bagi membida nombor pendaftaran dengan abjad 'F' adalah pada Selasa ini manakala bagi abjad 'V' pula, bermula 15 Julai hingga penghujung bulan tersebut.
"Nombor pendaftaran yang paling mahal setakat ini dibeli pihak tertentu adalah W1N pada harga RM746,000 dan bagi nombor plat 'F1' pula dijangka lebih RM1 juta," katanya ketika ditemui pemberita pada Program 1 Komuniti 1 JPJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Makmur, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan identiti individu yang membuat permohonan membida nombor pendaftaran 'F1' itu berikutan tempoh pembukaan tender masih berbaki tiga hari lagi.
Pada 19 Mei lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumkan kenderaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran baharu masing-masing bermula dengan abjad 'F' dan 'V'.
Katanya, nombor pendaftaran berkenaan akan diikuti dengan nombor 1 hingga 9999.
Topic Berkaitan
#Ismail Ahmad
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#nombor kereta F1
#nombor pendaftaran
#plat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan