awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Johor kawal, ronda lebih kerap di jalan persekutuan

Bernama
Bernama
12/06/2018
04:09 MYT
JPJ Johor kawal, ronda lebih kerap di jalan persekutuan
Dalam tempoh dua hari sejak Op HRA dilaksanakan, katanya sebanyak 195 saman telah dikeluarkan atas pelbagai jenis kesalahan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor akan mengadakan kawalan dan rondaan lebih kerap di kawasan jalan persekutuan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan keselamatan sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2018 mulai 8 hingga 24 Jun ini.
Pengarahnya Razali Wagiman berkata seramai 183 anggota dan pegawai JPJ akan terlibat dengan operasi kali ini dengan mengadakan rondaan dan memberikan tumpuan kepada kesalahan yang boleh mendatangkan mudarat ketika dalam perjalanan.
"Anggota yang terlibat adalah daripada JPJ cawangan, stesen penguatkuasaan dan stesen kawalan sempadan. Anggota daripada bahagian kejuruteraan automotif pula akan membuat pemeriksaan teknikal kenderaan khususnya bagi pemeriksaan bas di depoh sebelum perjalanan bermula.
"Setiap tahun, kita berusaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya dan pada musim perayaan ini, kita menyasarkan untuk mengurangkannya hingga 50 peratus bagi kenderaan motosikal dan persendirian," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di Terminal Bas Larkin Sentral, di sini, malam tadi.
Beliau berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada kesalahan-kesalahan yang boleh menjurus kepada kemalangan seperti memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, memotong barisan serta melanggar lampu isyarat merah.
Dalam tempoh dua hari sejak Op HRA dilaksanakan, katanya sebanyak 195 saman telah dikeluarkan atas pelbagai jenis kesalahan.
Beliau berkata orang ramai yang melihat sebarang perbuatan menyalahi undang-undang ketika dalam perjalanan boleh membuat aduan melalui email jpj.spab.gov.my atau [email protected], serta Facebook JPJ Johor, atau WhatsApp talian 011-5111 5252 atau menghubungi talian hotline JPJ Johor - 07-354 3544.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bas
#Facebook
#JPJ
#kemalangan
#keselamatan
#operasi
#Pengarah JPJ Johor
#Razali Wagiman
#saman
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan