Skip to main content

Malaysia

JPJ Kelantan bongkar pelbagai kesalahan institut memandu

KOTA BHARU, 7 Ogos -- Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Mohd Misuari Abdullah ketika ditemui BERNAMA mengenai Kenderaan Perkhidmatan Pelancongan (KPP) tanpa permit di Ibu Pejabat JPJ, Panji di sini.  JPJ Kelantan menyita enam kenderaan dalam Operasi Khas Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Perkhidmatan Pelancongan (KPP) yang dilaksanakan pada 27 dan 28 Julai serta 4 Ogos lepas.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohd Misuari berkata antara kesalahan yang dikesan ialah kegagalan mengemukakan Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM), serta ketidakpatuhan syarat LDL apabila kenderaan digunakan tanpa pengawasan pengajar. - Gambar/ Bernama
Advertisement

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan kesalahan berkaitan pengajar dan Lesen Belajar Memandu (LDL), dalam Operasi Penguatkuasaan Khas Institut Memandu yang dijalankan di 12 institut memandu di negeri itu dari 3 Ogos hingga semalam.

Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata antara kesalahan yang dikesan ialah kegagalan mengemukakan Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM), serta ketidakpatuhan syarat LDL apabila kenderaan digunakan tanpa pengawasan pengajar.

Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati kesalahan berkaitan rekod dan penyata, penyelenggaraan kenderaan dari aspek teknikal, kegagalan mempamerkan Disk Puspakom serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh.

“Sebanyak 350 kenderaan diperiksa dan 43 daripadanya diambil tindakan, manakala 100 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Misuari berkata pematuhan peraturan amat penting, kerana kenderaan institut memandu digunakan bagi latihan calon sebelum mereka menjalani ujian memandu.

Beliau berkata terdapat 16 institut memandu di Kelantan dan JPJ akan meneruskan pemeriksaan secara berkala, bagi memastikan pengurusan pengajar, rekod, penyelenggaraan serta keselamatan kenderaan memenuhi syarat ditetapkan.

“JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan, kerana keselamatan calon yang menjalani latihan serta pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Mohd Misuari berkata operasi itu, turut bertujuan memastikan pengoperasian institut memandu berada pada tahap ditetapkan, selain meningkatkan pematuhan terhadap peraturan dan syarat yang berkuat kuasa.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement