awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berikutan percanggahan Trump-Fed lemahkan dolar AS
X perlu perbaiki Grok AI atau berdepan penguatkuasaan DSA - EU
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Melaka tahan Toyota Vellfire guna nombor pendaftaran Perodua Kancil

Bernama
Bernama
26/11/2025
03:20 MYT
JPJ Melaka tahan Toyota Vellfire guna nombor pendaftaran Perodua Kancil
JPJ berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang memalsukan nombor pendaftaran atau mengabaikan kewajipan memperbaharui LKM dan insurans. - Foto JPJ Melaka
MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menahan sebuah kenderaan mewah Toyota Vellfire yang dikesan menggunakan nombor pendaftaran milik Perodua Kancil dalam operasi harian di Jalan Tun Mutahir, di sini, semalam.
Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata kenderaan milik sebuah syarikat swasta itu dikesan kira-kira pukul 4 petang sebelum anggota penguat kuasa mengekori dan menahannya untuk pemeriksaan.
"Hasil semakan mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan adalah milik Perodua Kancil sendiri. Lelaki berusia 39 tahun itu mengaku menggunakan nombor pendaftaran berkenaan sejak Lesen Kenderaan Motor (LKM) Toyota Vellfire tamat tempoh pada Januari 2025.
"Pemeriksaan lanjut turut mendapati kenderaan itu tidak mempunyai perlindungan insurans sah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Siti Zarina berkata beberapa saman telah dikeluarkan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan atas kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran bukan milik kenderaan, tiada insurans sah, dan LKM tamat tempoh. Kenderaan itu turut disita untuk tindakan lanjut.
"JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang sengaja melanggar undang-undang jalan raya.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang memalsukan nombor pendaftaran atau mengabaikan kewajipan memperbaharui LKM dan insurans kerana ini penting bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kenderaan Mewah
#JPJ Melaka
#nombor pendaftaran palsu
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan