awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 20 jam tangan Rolex jutaan ringgit ditemui di rumah isteri kedua bekas Panglima TDM
Keluarga semakin berantakan, anak hantar notis peguam terhadap David Beckham
Konflik Sudan masuk hari ke-1,000, orang awam berdepan krisis kemanusiaan terburuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ nafi dakwaan hanya empat kamera AWAS berfungsi

Bernama
Bernama
05/06/2019
22:37 MYT
JPJ nafi dakwaan hanya empat kamera AWAS berfungsi
Kesemua 41 buah kamera AWAS di seluruh negara dalam keadaan baik dan sedang beroperasi.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyangkal laporan sebuah portal berita yang mendakwa hanya empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) berfungsi.
JPJ dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan kesemua 41 buah kamera AWAS masih dalam keadaan baik dan sedang beroperasi.
"Pengoperasian beberapa kamera AWAS ditangguhkan sementara waktu kerana telah terlibat dengan kemalangan dan melibatkan kerja-kerja pendawaian serta pemasangan semula," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan setakat Mei 2019, sebanyak 169,051 saman telah dikeluarkan sejak sistem AWAS diambil alih oleh pihak JPJ.
Selain itu, JPJ menyangkal dakwaan kononnya jabatan itu tiada kepakaran untuk menjalankan pengoperasian kamera AWAS.
Portal berita itu melaporkan hanya empat kamera AWAS yang masih beroperasi daripada keseluruhan 45 unit yang ada di seluruh negara selepas JPJ mengambil alih operasinya sejak September tahun lepas.
Topic Berkaitan
#AWAS
#JPJ
#kamera
#keselamatan
#operasi
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan