Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membincangkan mengenai penyelarasan sistem saman bagi ketiga-tiga agensi itu, selewat-lewatnya pada Jumaat depan.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron berkata langkah menyelaraskan sistem saman itu untuk membolehkan tindakan penguatkuasaan yang diambil secara bersepadu oleh JPJ, SPAD dan PDRM akan lebih terancang dan berkesan seterusnya menangani pesalah jalan raya yang terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang.
"Ketika ini JPJ, SPAD dan PDRM mempunyai sistem berasingan dalam menjalankan operasi penguatkuasaan jalan dan ketiga-tiga agensi ini tidak mempunyai jalinan yang membolehkan untuk akses sistem saman antara satu sama lain dan perkara ini menimbulkan masalah untuk bertindak," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ketiadaan tindakan JPJ ke atas pemandu dan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh baru-baru ini, berikutan mempunyai saman tertunggak pelbagai kesalahan, sejak 2011 lagi.
Sebelum itu, Nadzri berkata kesemua saman terhadap pemandu dan bas ekspres itu bukan daripada JPJ tetapi dikeluarkan oleh pihak polis.
"Kesemua pemandu dan bas ekspres yang beroperasi di seluruh negara ketika ini bebas daripada senarai hitam jabatan itu," kata Nadzri lagi.
Menurutnya, mengenai saman yang dikeluarkan oleh JPJ terhadap bas ekspres pada ketika ini, cuma atas kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Namun masih terdapat kekangan bagi JPJ mengambil tindakan terhadap pesalah AES kerana sistem itu masih dalam proses pindaan untuk digabungkan dengan sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihaknya menyambut baik cadangan mengenai penyelarasan sistem saman yang membabitkan agensinya bersama JPJ dan polis itu.
"Usaha bersepadu ini sangat baik dan sudah tentu kami menyokong, dan kami juga sebenarnya juga merangka penyelesaian seperti sistem bersepadu yang membabitkan tiga agensi penguat kuasa ini bagi mengelakkan pertindihan penguatkuasaan," katanya lagi.
Menurutnya, ketika ini tanpa sistem bersepadu, SPAD senada dengan JPJ iaitu sukar mengambil tindakan terhadap pemandu dan pengendali bas ekspres yang melakukan kesalahan trafik berikutan tidak mempunyai maklumat mengenai saman yang dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa lain.
"Justeru, SPAD akan mengeluarkan lesen kepada pengusaha bas ekspres berdasarkan rekod dan pemeriksaan kami sendiri yang didapati pemandu dan kenderaan itu tidak memiliki kesalahan jalan raya," katanya lagi.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata kekerapan berlakunya kemalangan membabitkan bas, dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam terutamanya bagi perjalanan yang jauh dan ketika musim perayaan.
Katanya, kemalangan yang kerap berlaku boleh mengikis keyakinan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama mereka.
Beliau berkata pengguna memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam yang diyakini selamat dan kerajaan serta agensi penguat kuasa perlu lebih tegas dalam melaksanakan tugas mereka kerana ia melibatkan keselamatan nyawa ramai penumpang.
FOMCA berharap UNECE (Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Eropah) standard bagi bas, akan dikuatkuasakan secara meluas terutamanya tempat berlabuh, superstruktur dan tali pinggang keledar untuk penumpang di Malaysia.
"Kemalangan bas ekspres akibat kecuaian dan tahap keselamatan yang rendah seperti masalah teknikal bas juga perlu disifarkan," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata pihaknya telah menghantar sepasukan penganalisa kemalangan ke lokasi kejadian berhampiran Terowong Menora selain memeriksa bas yang terlibat dalam kemalangan itu.
"Miros masih lagi menganalisis kemalangan itu, laporan lengkap akan diserahkan kepada Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat," katanya.
Bernama
Fri Jul 15 2016
Langkah menyelaraskan sistem saman itu bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan lebih terancang dan berkesan, seterusnya menangani pesalah jalan raya yang terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang. - Gambar hiasan
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
JPJ, PDRM, SPAD bincang selaras sistem saman bersepadu
Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron berkata, langkah itu untuk membolehkan tindakan penguatkuasaan yang diambil secara bersepadu oleh JPJ, SPAD dan PDRM akan lebih terancang dan berkesan.
JPJ akan bincang dengan KPDNKK, SIRIM untuk tentukan piawai kualiti tayar
Pihaknya mendapati banyak kenderaan berat seperti lori dan bas menggunakan tayar yang tidak mengikut piawai SIRIM.