awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan - KSN

Bernama
Bernama
02/09/2024
13:36 MYT
JPJ perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya pada Isnin. - Facebook Shamsul Azri Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menambah baik taraf perkhidmatan dan memastikan isu yang melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.
Beliau berkata demikian dalam hantaran menerusi laman Facebook selepas mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya pada Isnin.
"Proses kerja (masa menunggu) agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.
"Selain itu, ruang menunggu perlu ditambah baik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas). Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini," katanya.
Shamsul Azri berkata lawatan berkenaan bertujuan meninjau operasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai susulan penambahan waktu pengoperasian kaunter selama satu jam berkuat kuasa pada 19 Ogos lepas di beberapa negeri terpilih.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas dan anggota JPJ yang telah bertungkus-lumus memberikan khidmat yang baik kepada pelanggan dan turut meminta semua jabatan kerajaan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan mengejut
#ketua setiausaha negara
#JPJ
#masa menunggu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan