awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Selangor nafi jadi punca kemalangan, sebaliknya bantu mangsa

Bernama
Bernama
31/03/2023
21:15 MYT
JPJ Selangor nafi jadi punca kemalangan, sebaliknya bantu mangsa
Dakwaan itu tular di media sosial menerusi kiriman suara dan gambar dua pegawai JPJ yang berada berdekatan dengan penunggang motosikal berkenaan yang terbaring di atas jalan. - Gambar FB JPJ Negeri Selangor
SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menafikan dakwaan kononnya seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan sehingga terbaring di atas jalan raya akibat daripada sekatan jalan raya yang dijalankan oleh jabatan berkenaan, tiga hari lepas.
JPJ Selangor dalam kenyataan pada Jumaat berkata dakwaan itu tular di media sosial menerusi kiriman suara dan gambar dua pegawai JPJ yang berada berdekatan dengan penunggang motosikal berkenaan yang terbaring di atas jalan.
Kenyataan itu menjelaskan dua pegawai yang berada di lokasi kejadian itu sebenarnya bertindak pantas memberikan bantuan awal dengan mengawal lalu lintas.
"Kejadian berlaku pada 5.40 petang, 28 Mac lepas, ketika sepasukan anggota JPJ Selangor sedang melakukan rondaan di sekitar KM 4.4 Lebuhraya Selat Klang Utara dari arah Bandar Sultan Suleiman menghala ke Shah Alam. Apabila tiba di tempat kejadian, seorang penunggang motosikal didapati terbaring di atas jalan raya akibat satu kemalangan.
"Tanpa membuang masa, pihak JPJ memberikan bantuan awal, mengawal lalu lintas di lokasi dengan meletakkan kon keselamatan serta terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan kecemasan paramedik," katanya.
Menurut kenyataan itu siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berlaku disebabkan penunggang motosikal itu hilang kawalan sehingga terbabas, dan dia kini dilaporkan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#media sosial
#penunggang motosikal
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan