awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ sita 3,111 motosikal dalam op khas seluruh negara

Bernama
Bernama
14/09/2023
02:45 MYT
JPJ sita 3,111 motosikal dalam op khas seluruh negara
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan (kanan) ketika hadir bagi memantau Operasi Khas Motosikal di Malim. - Foto BERNAMA
MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan dan menyita sebanyak 3,111 motosikal di seluruh negara sepanjang Operasi Khas Motosikal bermula 1 Sept hingga semalam.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata kesemua kenderaan disita itu diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalan raya.
"Tindakan ini juga bagi melengkapkan prosedur siasatan pelbagai kes kesalahan semasa dan rekod lampau pengendali motosikal seperti tiada insurans, tiada lesen memandu, ubah suai piawai keselamatan dan sebagainya.
"JPJ tidak merampas motosikal tetapi menyita bagi tujuan menghentikan kesalahan berulang dan berisiko tinggi bagi mengelakkan perkara tidak diingini iaitu menjurus kepada kecederaan parah atau kemalangan maut," katanya kepada pemberita di Malim di sini malam tadi.
Terdahulu, beliau hadir pada Operasi Khas Motosikal yang turut disertai Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa (Seksyen Dasar) JPJ Dr Azmi Awang dan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa (Seksyen Operasi) JPJ Mohd Azmi Jaafar.
Mengulas lanjut, Lokman berkata motosikal yang disita itu juga boleh dituntut pada bila-bila masa selepas dokumentasi dan kes kesalahan diselesaikan termasuk mempunyai perlindungan insurans sewajarnya.
Beliau berkata penguatkuasaan dalam operasi bagi tempoh hingga 30 Sept itu juga menggunakan pendekatan berkonsepkan pengauditan pematuhan selain mengukuhkan pembudayaan pematuhan undang-undang supaya sentiasa mengikut peraturan keselamatan jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
"Sehingga kini juga, JPJ telah memeriksa sebanyak 140,544 motosikal dan hasil pemeriksaanaudit pematuhan dalam tempoh operasi mulai 1 hingga 13 Sept, sejumlah 64,295 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.
"Sebanyak 46 peratus kesalahan dikesan iaitu membabitkan kegagalan mematuhi peraturankeselamatan jalan raya yang dilakukan oleh pengendali motosikal," katanya.
Lokman berkata daripada jumlah itu, sebanyak 24,459 kes melibatkan tiada perlindungan insurans, tiada atau tamat lesen memandu (19,928 kes), tidak mematuhi lampu isyarat merah (4,061 kes), ubah suai ekstrem (2,676 kes) dan membonceng motosikal di bawah umur sebanyak 259 kes.
Dalam pada itu, beliau berkata JPJ juga merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membendung penjualan alat ganti kenderaan khususnya melibatkan modifikasi motosikal yang menyalahi undang-undang.
Katanya, setiap motor atau kenderaan yang dipasarkan dan didaftarkan bagi kegunaan di atas jalan raya di negara ini wajib melalui prosedur pemeriksaan oleh Jawatankuasa Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bagi mengesahkan spesifikasi yang memenuhi standard antarabangsa.
"JPJ hanya berkuasa bagi penguatkuasaan undang-undang di atas jalan raya, namun penjualan alat ganti yang tidak disahkan oleh JPJ sebagaimana diluluskan dalam VTA itu adalah di bawah tanggungjawab PBT jadi, lesen premis mereka mestilah mengikut peraturan ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#motosikal
#sita
#Operasi Khas Motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan