IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menempatkan anggotanya di beberapa kawasan percutian terkenal seperti di Cameron Highlands, Genting Highlands serta Port Dickson bagi memantau kenderaan berkonvoi supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata tindakan pemandu seperti berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya lain, serta mengganggu kelancaran trafik.
"Apabila cuti perayaan atau persekolahan, banyak kenderaan berkonvoi ke tempat percutian seperti di kawasan tanah tinggi, kawasan pantai atau di negeri utara.
"Berkonvoi itu tidak salah tetapi apabila mereka berhenti beramai-ramai di tempat yang tidak dibenarkan seperti mahu mengambil gambar sebab ia bukan sahaja satu kesalahan malah mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Op Tahun Baharu Cina (TBC) 2022 Peringkat Negeri Perak yang turut dihadiri Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.
Baru-baru ini, sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta menerusi akaun mereka di Facebook memuat naik beberapa gambar menunjukkan deretan kenderaan dipercayai milik ahli kelab berhenti di lorong kecemasan kedua-dua arah di Lebuhraya Temiang-Pantai di Seremban untuk mengambil gambar yang didakwa merupakan sebahagian daripada aktiviti lepak santai mereka.
Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata sebanyak 1,329 notis dan saman dikeluarkan JPJ Perak atas pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang operasi bersepadu TBC bermula 25 Jan lepas sehingga hari ini.
Menurutnya ia adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 3,680 kenderaan sepanjang tempoh berkenaan di seluruh negeri ini.
"Menerusi operasi tersebut, seramai enam individu didapati memandu di bawah pengaruh dadah hasil ujian air kencing yang dilakukan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan yang turut menyertai operasi ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 162 anggota penguat kuasa JPJ Perak ditugaskan sepanjang operasi TBC tahun ini dengan tumpuan penguatkuasaan termasuk memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli (dua,kiri) mengetuai pemeriksaan yang dilakukan terhadap pengguna jalan raya pada Op Tahun Baharu Cina 2022 Peringkat Negeri Perak. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.
Sedia pemandu kedua jika perjalanan lebih 300km - JPJ
Pemeriksaan JPJ mendapati masih banyak pengusaha bas yang gagal kemukakan pemandu kedua meskipun ia syarat yang wajib dipatuhi.
Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas
Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya.
JPJ laksana 3 operasi khas sempena musim perayaan - Lokman
JPJ akan memastikan tiada pengguna jalan raya melakukan kesalahan utama seperti menggunakan telefon pintar semasa memandu.
7,473 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan pada hari pertama Ops Khas HRA 2024
Sebanyak 7,473 notis dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya dikeluarkan pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.