IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel sepanjang Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina bermula 1 Feb hingga semalam.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata kesalahan tertinggi yang dilaporkan menerusi MyJPJ e-aduan@JPJ dan e-mel [email protected] itu ialah menggunakan laluan kecemasan, melanggar lampu isyarat serta memotong di garisan berkembar.
"Kita (JPJ) akan keluarkan notis temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dalam tempoh tiga hari waktu bekerja kepada pemilik yang dikenal pasti supaya hadir ke pejabat JPJ untuk prosedur serta penyelesaian kes.
"Mana-mana pemilik yang gagal hadir dalam tempoh 14 hari notis Seksyen 114 dikeluarkan, pemilik akan dikenakan saman P (22). Sekiranya gagal menjelaskan dalam tempoh yang ditetapkan termasuk gagal hadir ke mahkamah, mereka akan disenarai hitam," katanya.
Beliau berkata pada sidang media selepas meninjau Op Khas Bulan Perayaan Tahun 2024 JPJ Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, yang turut dihadiri Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan.
Mengulas tentang Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina, Lokman berkata JPJ mengeluarkan 27,339 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan operasi itu di seluruh negara.
Beliau berkata lebih 72 peratus kesalahan yang direkodkan terhadap pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju dengan 19,722 notis dikeluarkan.
"Kesalahan melanggar lampu isyarat melibatkan 4,283 notis, tidak memakai topi atau tali pinggang keledar (1,700), muatan berbahaya (681), memandu di lorong kecemasan (277), menggunakan telefon bimbit (263), memotong barisan (190), memotong garisan berkembar (171) dan memandu kenderaan berat di laluan laju (42)," katanya.
Menurut Lokman operasi berkenaan menumpukan terhadap penunggang motosikal dan penguatkuasaan sembilan kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan.
"Operasi di Perak sahaja setakat semalam kita telah memeriksa 3,038 kenderaan dan sebanyak 780 notis P22 (notis arah periksa) telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.
"Kita juga telah menyita 51 kenderaan yang kebanyakannya melibatkan motosikal kerana penunggang tidak memiliki lesen memandu yang sah, lesen kenderaan motor (LKM) serta insurans tamat tempoh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan (tengah) pada sidang media ketika Operasi Khas sempena bulan perayaan 2024 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz hari ini. - Foto BERNAMA
Tidak seharusnya timbul isu birokrasi
Isu birokrasi seharusnya tidak harus timbul termasuk kerjasama semua Kementerian dan agensi Kerajaan untuk berganding bahu dalam membangunkan sektor penternakan.
Keterlibatan belia dalam isu sosial, politik sumbangan kepada nasionalisme
Salah satu cara utama belia menyumbang kepada nasionalisme adalah melalui penglibatan aktif mereka dalam isu sosial dan politik.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Piala Belia, ambil tindakan tegas
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan pemain pada Perlawanan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka Ahad lepas.
Agihan 140,000 tan beras di seluruh negara lancar
Agihan sebanyak 140,000 tan beras di seluruh negara berjalan dengan lancar.
'Saya tahu dia tidak sekejam itu' - Datin Red cerai tak tuntut nafkah, kekal hubungan baik
Dia membuat keputusan itu kerana memahami keadaan bekas suaminya yang kini berada dalam kesusahan.
Kes Zulfarhan: Lima bekas penuntut UPNM tarik balik rayuan
Semua mereka kekal dipenjara kerana berdepan dengan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun bagi tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan.
iOS 17.5, Android 6 ke atas kini boleh banteras penyalahgunaan penjejak objek
Google telah memperkenalkan ciri ini sejak Julai tahun lepas, t i
Kastam tumpas cubaan seludup daging anak babi lebih RM1 juta
JKDM Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup daging anak babi sejuk beku bernilai RM1.04 juta di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mei lalu.
Tentera Israel 'banjiri' utara, selatan Gaza tingkatkan serangan
Ratusan ribu orang kini terpaksa melarikan diri, walaupun kira-kira separuh daripada penduduk Gaza dijanjikan perlindungan di situ selepas Israel mengarahkan pemindahan dari utara Gaza pada Oktober lalu.
Arab Saudi komited bantu jemaah haji melalui teknologi
Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dalam satu kenyataan berkata mereka komited meningkatkan rancangannya bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi jemaah melaksanakan ibadah haji melalui teknologi, dan pendigitalan perkhidmatan.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel.
Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ
Bas persiaran itu ditahan ketika pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam.
JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.
JPJ keluar 331 notis daripada 1,308 kenderaan diperiksa dalam Op Khas
JPJ mengeluarkan 331 notis atas pelbagai kesalahan daripada pemeriksaan terhadap 1,308 kenderaan menerusi Op Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan selama dua hari bermula semalam di Kedah dan Perlis.
JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial
Sebanyak 346 notis kesalahan turut dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan sepanjang operasi berkenaan.
JPJ Kelantan sita 196 kenderaan dipandu warga asing tanpa geran milikan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita sejumlah 196 kenderaan yang digunakan warga asing tanpa geran milikan sejak Januari hingga September tahun ini.
JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.