awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2024
15:51 MYT
Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ
Lokman berkata, bas persiaran yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagaimanapun tidak disita kerana mempunyai cukai jalan yang sah. - Gambar Astro AWANI.
SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan sebuah bas persiaran yang membawa 11 pelancong tempatan selepas pemandunya didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
Pengarah Kanan Penguatkuasanya, Datuk Lokman Jamaan memaklumkan, bas persiaran itu ditahan selepas beliau sendiri membuat pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, pada Jumaat malam.
Beliau memberitahu, bas persiaran yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu bagaimanapun tidak disita kerana mempunyai cukai jalan yang sah
“Tindakan notis akan dikenakan terhadap pemandu bas itu kerana tidak mempunyai lesen.
“Pemandunya tidak kompeten untuk memandu dan boleh membahayakan keselamatan penumpang yang ada di dalam bas tersebut,” katanya kepada pemberita di Plaza Tol Kemuning, di sini, malam ini.
Terdahulu beliau menyertai Ops Tahun Baru Cina 2024 lebih sejam di Plaza Tol Kemuning.
Lokman juga memaklumkan sejak enam bulan lalu JPJ telah menubuhkan pasukan khas, khusus bagi mengendalikan kes kenderaan berat melebihi had muatan.
Beliau memaklumkan, sepanjang tempoh itu, sebanyak 60 sitaan dibuat terhadap kenderaan berat yang melebihi 70 peratus daripada jumlah muatan dibenarkan.
Menurut Lokman, semua sitaan terbabit sudah didakwa di mahkamah dan dalam proses untuk mendapatkan perintah lucut hak.
Beliau juga menjelaskan pasukan berkenaan akan melaksanakan operasi khas kenderaan berat melebihi had muatan fasa dua selepas perayaan Tahun Baharu Cina.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#bas persiaran
#Lokman Jamaan
#Ops Tahun Baru Cina
#pemandu tiada lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan