awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ tidak berkompromi dengan pemandu yang masih gunakan lampu strobe

Bernama
Bernama
31/10/2014
00:35 MYT
JPJ tidak berkompromi dengan pemandu yang masih gunakan lampu strobe
Penggunaan lampu itu dilihat semakin berleluasa sejak dua bulan ini dan tindakan tegas akan dikenakan bermula 1 Nov ini - Foto Fail
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang masih ingkar dengan menggunakan lampu "strobe", lampu "High Intensity Discharged (HID)" dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata penggunaan lampu itu dilihat semakin berleluasa sejak dua bulan ini dan tindakan tegas akan dikenakan bermula 1 Nov ini.
Beliau berkata pihaknya mengambil langkah dengan mengedarkan risalah bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berhubung peraturan itu serta saman yang dikenakan jika masih ingkar.
"Ia bagaikan satu trend biarpun telah banyak kali kita memberi nasihat namun ada yang tidak mengendahkan dan masih berleluasa menggunakannya.
"Ini bukan perkara baru, undang-undang ini telah lama ditetapkan namun menerusi operasi-operasi yang dijalankan kita dapati semakin ramai pengguna tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Sementara itu Abdul Rahman turut menggalakkan orang ramai hadir ke Ibu Pejabat dan cawangan JPJ di negeri untuk melakukan pemeriksaan cermin gelap tanpa dikenakan saman.
Katanya inisiatif yang dilakukan itu bagi memberi peluang kepada orang ramai memeriksa kenderaan mereka secara percuma sebelum penguatkuasaan terhadap cermin gelap dimulakan Mac tahun depan.
"Pemeriksaan ini kita akan lakukan sehingga bulan April tahun hadapan dan orang ramai boleh membuat pemeriksaan kadar ketelusan cermin seperti yang telah ditetapkan," katanya.
Topic Berkaitan
#HID
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#strobe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan