awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ tidak kompromi banteras lumba haram - Aedy Fadly

Bernama
Bernama
14/04/2025
13:30 MYT
JPJ tidak kompromi banteras lumba haram - Aedy Fadly
Aedy Fadly bercakap ketika sidang media ringkas pada Majlis Aidilfitri 2025 JPJ Pahang hari ini. - Gambar Bernama
KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram khususnya melibatkan kumpulan mat rempit, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.
Beliau berkata JPJ sedia bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan operasi bersepadu bagi mengekang gejala berkenaan.
"Bagi pihak JPJ, kita akan beri kerjasama jika perlu untuk mengadakan operasi bersepadu bersama PDRM. Ini kerana aktiviti yang sangat teratur dan besar ini memerlukan kerjasama dengan agensi.
"Sekiranya ada operasi bersepadu selepas ini, sama ada JPJ atau PDRM yang mengetuai, kita akan bersungguh-sungguh mengekang aktiviti ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri JPJ peringkat Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video tular berdurasi dua minit yang memaparkan sekumpulan individu berlumba dan menghalang kenderaan di Temerloh.
Aedy Fadly berkata pihaknya menyerahkan kepada PDRM untuk melaksanakan siasatan penuh terhadap kes terbabit.
Beliau juga telah mengarahkan pasukannya supaya sentiasa bersedia jika diperlukan PDRM untuk membuat sebarang operasi bagi mengekang kegiatan lumba haram dan mat rempit itu.
Sementara itu, beliau turut mengajak orang ramai khususnya rakyat Perak untuk hadir ke Karnival Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-79 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada Jumaat dan Sabtu ini.
"Karnival yang bertemakan 'Reformasi, Sinergi dan Integriti' itu akan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#video tular
#JPJ
#lumba haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan