awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI

Bernama
Bernama
27/12/2024
14:19 MYT
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Aedy Fadly berkata JPJ juga akan melancarkan kempen kesedaran awam secara besar-besaran untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata ia antara tindakan bagi memperkukuh penguatkuasaan terhadap kesalahan yang mengakibatkan risiko kemalangan dan kematian jalan raya yang tinggi.
Beliau berkata pegawai penguat kuasa akan meningkatkan pemeriksaan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik, terutama di lebuh raya dan kawasan yang sering berlaku kemalangan.
"Dengan penggunaan teknologi ini, JPJ dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan meminimumkan kesalahan yang berlaku," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Aedy Fadly berkata JPJ juga akan melancarkan kempen kesedaran awam secara besar-besaran untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.
Beliau berkata program itu menyasarkan golongan pemandu muda dan berisiko tinggi, dengan fokus pada aspek keselamatan seperti pemakaian tali pinggang keledar, kelajuan selamat, dan tingkah laku yang bertanggungjawab di jalan raya.
Selain itu, beliau berkata JPJ juga bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya di seluruh negara serta memastikan semua kenderaan yang beroperasi mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.
Beliau berkata pemeriksaan berkala dan pengawasan yang ketat akan diteruskan, terutamanya untuk kenderaan awam dan komersial.
Aedy Fadly berkata JPJ akan terus berusaha memperkukuh kerjasama dengan syarikat pengangkutan dan persatuan industri untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.
"Dengan langkah-langkah yang lebih ketat terhadap kenderaan komersial, seperti bas dan lori, JPJ berharap dapat mengurangkan kemalangan yang melibatkan kenderaan berat di jalan raya.
"Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama antara pihak berkuasa, pemandu, penunggang, dan semua pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#JPJ
#risiko kemalangan
#kelajuan selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan