awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN diminta bantu persekolahan lima anak pasangan guru yang maut di Pendang

Bernama
Bernama
18/12/2016
07:26 MYT
JPN diminta bantu persekolahan lima anak pasangan guru yang maut di Pendang
Kemalangan itu berlaku pukul 11.30 malam ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang. - Foto Facebook
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta Jabatan Pendidikan Negeri Kedah membantu persekolahan lima anak pasangan suami isteri yang maut akibat kemalangan di Pendang, malam tadi.
Pasangan tersebut, Mohd Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd Noor, 42, masing-masing merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, dan SMK Tobiar (Pendang).
"Kita mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan sangat sedih perkara ini berlaku, bagaimanapun saya telah meminta JPN membantu anak-anak yatim ini agar tidak tercicir daripada persekolahan," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Terdahulu, Mahdzir diiringi Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Azuyah Hassan, meluangkan masa bertemu keluarga dan rakan-rakan mangsa di Unit Forensik, HSB.
Kejadian berlaku pukul 11.30 malam ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang, sebelum MPV dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler.
Kemalangan turut mengakibatkan lima anak pasangan terbabit parah iaitu Masyitah, 12; pasangan kembar Muhammad Asyraf dan Muhammad Akmal, 11; Munirah, 6, serta Maisarah, 14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kemalangan maut
#MPV
#Pendang
#repmpuh treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan