JPN ganti dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa banjir - Saifuddin Nasution

Saifuddin berkata penggantian dokumen membabitkan MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Perkahwinan (Sivil), Sijil Kewarganegaraan serta lain-lain dokumen rasmi JPN. - Gambar Facebook Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa banjir yang kehilangan atau dokumen rosak.
Ringkasan AI
- JPN menyediakan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa banjir yang kehilangan atau rosak.
- Menteri Dalam Negeri menegaskan penggantian melibatkan MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Perkahwinan, Sijil Kewarganegaraan, serta dokumen rasmi lain.
- KDN dan agensi berkaitan turut memudahkan urusan dokumen rakyat yang terkesan oleh banjir dengan perkhidmatan mudah alih ke kawasan terjejas.
"Insya-Allah Kerajaan MADANI sentiasa prihatin membantu rakyat, khususnya ketika berdepan ujian dan kesulitan, memastikan segala bentuk bantuan disampaikan dengan cepat, cekap dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat," katanya dalam hantaran di Facebook.
Bagi memudahkan urusan rakyat, Saifuddin Nasution berkata JPN turut menggerakkan perkhidmatan penggantian secara mudah alih ke kawasan terjejas sebaik sahaja laluan selamat dapat diakses.
Langkah itu adalah bagi memastikan bantuan dapat disampaikan terus kepada mereka yang memerlukan tanpa menambah beban sedia ada.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


