awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya

Bernama
Bernama
17/10/2023
15:38 MYT
JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya
JPN memaklumkan jabatan itu akan sentiasa membantu dan memberikan nasihat yang sewajarnya kerana setiap permohonan serta masalah individu memerlukan penyelesaian berbeza. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan untuk hadir ke pejabatnya bagi membolehkan jabatan berkenaan mendapatkan fakta kes dan status sebenar berhubung perkara itu.
Kenyataan JPN hari ini memaklumkan langkah itu juga bagi membolehkan jabatan berkenaan membuat penelitian dan memberikan khidmat nasihat sewajarnya berkaitan prosedur permohonan kewarganegaraan kepada Aziq Fadyan, 24, Azreen Batrisya, 22, Azzahra Batrisya,12, dan Azalea Batrisya, 9.
"JPN meminta agar orang ramai tidak mensensasikan perkara ini kerana ia adalah makluman dari satu pihak sahaja serta boleh memberikan tanggapan yang kurang tepat kepada perkhidmatan kerajaan.
"Proses yang dilaksanakan oleh JPN adalah sentiasa tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.
Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang persoalan mengenai kewarganegaraan dan perkara berkaitan perkhidmatan jabatan berkenaan tidak perlu menggunakan khidmat orang tengah atau platform media sebaliknya hadir terus ke 212 pejabat JPN di seluruh negara.
JPN turut memaklumkan jabatan itu akan sentiasa membantu dan memberikan nasihat yang sewajarnya kerana setiap permohonan serta masalah individu memerlukan penyelesaian berbeza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad pengenalan
#JPN
#permohonan kewarganegaraan
#perkhidmatan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan